Sekali lagi, HYBE telah hangat menerima kritikan ramai kerana isu plagiat kumpulan lain.
Baru-baru ini, peminat iKON telah meluahkan rasa tak puas hati selepas kumpulan multinasional di bawah Geffen Records dan HYBE Entertainment iaitu KATSEYE, mengumumkan nama kelab peminat mereka.
Khususnya, kumpulan dengan 6 ahli itu berkongsi bahawa kelab peminat mereka akan diberi nama ‘EYEKONS’, mencetuskan kontroversi terutamanya dalam kalangan peminat iKON.
iKON fans furious with HYBE for “Stealing” Fandom Name #KATSEYE #EYECONSpic.twitter.com/8p3Bb02hwB
— Hallyu Insider (@hallyu_insider) April 22, 2024
Hal ini kerana, nama kelab peminat KATSEYE itu sememangnya mirip dengan nama kumpulan iKON, yang merupakan tanda dagangan berdaftar malahan, ‘EYEKONS’ dan ‘iKON’ juga mempunyai ejaan yang sama dalam bahasa Korea.
Dengan ini, ramai yang menggesa agar HYBE segera menukar nama kelab peminat kumpulan tersebut dan melakukan banyak kajian dahulu sebelum membuat pilihan.