Mula berlakon sejak kecil, ramai pastinya sudah mengenali Kim So-hyun menerusi pelbagai naskhah.
Baru-baru ini, tvN telah melancarkan trailer untuk drama baru Kim So-hyun dan Chae Jong-hyeop “Serendipity’s Embrace”, membawa kisah anak muda yang menjumpai cinta pertamanya 10 tahun lalu tanpa sengaja dan meneroka cinta sejati serta impian mereka.
Menerusi video yang dikongsi, Kim So-hyun nampaknya akan memainkan watak sebagai pelajar sekolah iaitu Lee Hong-joo, yang jatuh cinta dengan Kang Hoo-young iaitu watak Chae Jong-hyeop.
Kim Sohyun just never graduate in high school. 😂😂😂😂 https://t.co/wncPsYENHg
— CASSJAYJIEZOS (@PeachLiner) June 27, 2024
Menerusi laman X, ada yang meluahkan rasa kecewa kerana Kim So-hyun sekali lagi menemui penonton dengan watak pelajar sekolah selepas membintangi banyak drama dengan watak yang sama. Antaranya adalah “Love Alarm” dan “School 2015”.
Bagaimanapun, ramai juga yang tampil mempertahankannya dan menjelaskan bahawa dia masih sesuai untuk membawa watak sedemikian dengan umurnya yang masih muda.
Betul la tu kan!