Ikuti Kami:

Tak Pandang Rupa, Byun Wooseok Kongsi Ciri Wanita Idaman Buat Kali Pertama

Tak Pandang Rupa, Byun Wooseok Kongsi Ciri Wanita Idaman Buat Kali Pertama

Byun Woo-seok telah mendedahkan ciri-ciri wanita yang disukainya.

Pada 16 April, Byun Woo-seok telah membuat kemunculan dalam rancangan  “Hong Suk Chun’s Jewelry Box”. Di mana, pelakon tersebut telah berkongsi pelbagai kisah mengenai hidupnya termasuk ciri wanita idamannya.

Pernah bergandingan dengan ramai pelakon wanita terkenal seperti Kim Yoo-jung, Kim Da-mi, Lee Yoo-mi dan Kim Hye-yoon, ramai yang tertanya-tanya jika Byun Woo-seok memiliki seseorang yang sedang bertakhta dalam hatinya di kehidupan sebenar.

Disebabkan itu, pelakon “Lovely Runner” tersebut telah mendedahkan ciri-ciri wanita yang disukainya.

Pelakon tersebut berkata,

Ni kali pertama saya dapat soalan seperti ini.. Sejujurnya, saya merupakan seseorang yang suka bermain-main dan agak lembab. Jadi, saya suka dekat wanita yang bijak.

byun-wooseok-ideal

Tambahnya,

Ciri-ciri tersebut tidak pernah berubah dari dulu sehingga sekarang dan saya lebih mementingkan kecantikan dalaman berbanding rupa.

Dah boleh dah masuk line..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...