Ikuti Kami:

“Tak Bubar, Hanya..” – Perjelas Situasi Sebenar, Sowon Dedah GFRIEND Masih Belum Bubar

“Tak Bubar, Hanya..” – Perjelas Situasi Sebenar, Sowon Dedah GFRIEND Masih Belum Bubar

Selepas kontrak bersama Source Music tamat, pasti ramai yang tertanya-tanya tentang status kumpulan GFRIEND kini.

Terbaru menerusi satu saluran YouTube, ketua kumpulan GFRIEND iaitu Sowon telah mendedahkan bahawa kumpulan itu masih belum dibubarkan lagi.

Jelasnya,

Kami tidak bubar. Ia hanya penamatan kontrak. Banyak artikel mengatakan bahawa kami telah bubar jadi ramai yang mempercayainya.

Kemudian, wanita itu juga turut meluahkan impiannya untuk GFRIEND melakukan konsert bersama-sama,

Saya sering berfikir bahawa saya akan kembali ke atas pentas jadi, saya harus terus berlatih. Saya rasa ianya penting untuk GFRIEND melakukan konsert bersama-sama, dengan semua ahli terlibat. Kalau betul kami akan adakan konsert, saya memang nak sangat lakukannya.

Kami pun nak!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...