Ikuti Kami:

“Taehyung Versi Melayu” – ARMY Serbu Finalis Hero Remaja Dek Rambut & Leher Panjang Sama Seperti V BTS

“Taehyung Versi Melayu” – ARMY Serbu Finalis Hero Remaja Dek Rambut & Leher Panjang Sama Seperti V BTS

Siapa sangka gambar yang dimuat naik oleh finalis Hero Remaja 2020 iaitu Aniq Suhair mendapat perhatian dek mirip dengan salah seorang ahli kumpulan K-Pop popular, V (Kim Tae-hyung) daripada BTS!

Tidak melatah dengan perhatian yang diterimanya, lelaki tersebut menganggap bahawa ia adalah sebagai salah satu peluang untuknya lebih dikenali dan mengembangkan bakatnya bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia.

Saya pun tak sangka gambar itu boleh viral sebab mereka fikirkan itu foto Taehyung. Saya ambil positif saja sebab secara tidak langsung seperti rezeki kerana dapat dikenali seluruh dunia disebabkan kekeliruan itu.

aniq suhair mirip taehyung bts

Tidak ambil pusing komen negatif yang turut ditinggalkan dek foto yang tiba-tiba tular itu, Aniq lebih senang menolaknya ketepi dan mengatakan bahawa ia terpulang kepada pendapat masing-masing.

Saya tetap menjadi diri sendiri yang suka fesyen artis Korea.

Foto yang hanya menampakkan bahagian leher serta rambut kerintingnya mula tular itu sebenarnya telah dimuat naik pada April lepas namun baru-baru ini baru mendapat perhatian ARMY dek kerana mirip dengan Tae-hyung.

aniq suhair mirip taehyung bts

Bahkan lelaki berusia 20 tahun ini sendiri tidak kisah sekiranya dia dibandingkan dengan ahli BTS itu.

Saya okay saja sebab seperti yang kita tahu, peminat K-Pop ini memang worldwide. Jadi, saya menjadikan kejayaan artis K-Pop sebagai inspirasi untuk kerjaya saya dalam bidang seni.

Bahkan Aniq mendedahkan bahawa dia juga meminati artis daripada Korea seperti Christian Yu dan lain-lain. Malahan pelbagai muzik dan drama daripada negara itu yang diminati oleh rakyat Malaysia, baginya apa salah sekiranya kita memberikan sokongan antara satu sama lain.

aniq suhair mirip taehyung bts

Tak payah cari jauh sampai Korea, rupanya ada V di Malaysia ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...