Ikuti Kami:

Suka Acara Larian? Ayuh Sertai ‘Malaysia Korea Unity Run 2020’ Pada 4 April Ini!

Suka Acara Larian? Ayuh Sertai ‘Malaysia Korea Unity Run 2020’ Pada 4 April Ini!

Rasanya ramai juga rakyat Malaysia yang minat dengan larian atau pun acara marathon kan? Sebabnya boleh dikatakan hampir saban minggu rakyat tempatan akan memenuhi acara sebegini yang dianjurkan di serata tempat di Malaysia.

Di sini, admin nak kenalkan satu lagi larian yang dinamakan sebagai “Malaysia Korea Unity Run 2020” dan bakal diadakan pada 4 April 2020 nanti!

malaysia korea unity run 2020

Tarikh: 5 April 2020 (Ahad)

Masa: 6.30 pagi

Tempat: IOI City Mall, Putrajaya

Jarak Larian: 5 KM

Bagi yang dah tak sabar nak join larian ini, perkara yang anda perlu lakukan bagi membolehkan anda layak menyertainya ialah:

1. Muat naik aplikasi JomRun daripada Play Store

Android: (http://bit.ly/jomrun)
Iphone: (http://bit.ly/jomrunios)

2. Daftar akaun JomRun

3. Tekan pada ‘Event’

4. Cari acara ‘Unity’

5. Isi butir diri dan bayar pendaftaran secara atas talian.

6. Lihat e-ticket anda di aplikasi JomRun

Menyeronokkan kerana ada hadiah yang menanti para peserta “Malaysia Korea Unity Run 2020” sekiranya mereka berjaya menamatkan larian  ini!

malaysia korea unity run 2020

Peserta yang berjaya mendaftarkan diri dalam larian ini, layak mendapat beberapa barangan seperti T-shirt dan juga medal keluaran penganjur “Malaysia Korea Unity Run 2020” sendiri.

malaysia korea unity run 2020

malaysia korea unity run 2020

Kepada yang berminat, jangan lupa untuk melawati laman web JomRun untuk info lebih lanjut mengenai acara larian ini!

Jumpa anda di sana!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...