Sudah Dijangka! Hanbyul Bawa Pulang Trofi Juara Untuk Big Stage 2019

hanbyul menang big stage 2019

Pentas Big Stage 2019 sudah pun melabuhkan tirainya sebentar tadi. Kalau anda nak tahu rancangan ini merupakan satu pertandingan nyanyian berbentuk realiti yang menampilkan angkatan bakat muda yang kini popular dengan jolokan ‘Budak Baru Nak Up (BBNU)’ & ‘Dominasi BBNU’ dalam kalangan penggiat industri hiburan tempatan. Lebih menariknya apabila untuk musim kali ini, ia turut menampilkan peserta-peserta dari luar negara bagi menjadikan persaingan ini lebih sengit.

Walaupun pada awal pertandingan terdapat peserta luar negara iaitu daripada Thailand, Indonesia dan Brunei tetapi Hanbyul iaitu penyanyi yang berasal daripada Korea Selatan telah berjaya menempatkan dirinya dalam peringkat final Big Stage 2019. Hanbyul yang tidak dikenali oleh netizen Malaysia pada awalnya telah berjaya mengubah mereka menjadi peminatnya apabila dia menunjukkan mutu persembahan yang konsisten pada setiap minggu.

hanbyul menang big stage 2019

hanbyul menang big stage 2019

Ternyata rezeki kemenangan telah berpihak padanya apabila lelaki itu telah diumumkan sebagai juara Big Stage 2019 dengan mendapat undian tertinggi hasil daripada pilihan penonton dan juga juri. Dia berjaya memberikan persembahan yang hebat pada malam ini menerusi persembahannya iaitu “Lose Yourself” oleh Eminem dan lagu singlenya sendiri iaitu “Luka Dan Bahagia”

Misha Omar yang merupakan juri jemputan untuk malam final turut memberikan pujian melambung selepas melihat persembahan Hanbyul. Wanita itu mengatakan bahawa penyanyi seperti Hanbyul yang memberikan persembahan yang hebat adalah penyanyi yang sebenar. Hebat!

Kemenangan lelaki Korea ini sudah dijangka kerana sejak daripada awal lagi, ramai yang meramalkan dia bakal menjadi juara kerana dia tidak pernah memberikan persembahan yang sambil lewa. Bukan sahaja persembahan yang memukau, bakat vokalnya juga tidak boleh dipertikaikan! Walaupun bersaing sengit dengan peserta kegemaran lain iaitu Neeta, Hanbyul nyata tidak mengaku kalah dan akhirnya berjaya merangkul trofi kemenangan itu.

Hanbyul atau nama penuhnya Jang Hanbyul bukan sahaja membawa pulang trofi juara tetapi turut mendapat wang tunai berjumlah RM100,000 daripada Astro. Selain itu, dia mendapat sebuah Perodua Axia STYLE dan telefon bimbit Vivo V17 Pro.

hanbyul menang big stage 2019

Nama Hanbyul pun semakin dikenali oleh rakyat Malaysia, rasanya tak salahkan kalau lelaki itu mahu mengembangkan sayapnya di sini. Tak payah risau pun sebab Hanbyul sememangnya hebat apabila membawakan lagu bahasa Melayu.

Sumber: Youtube

Leave a Reply