Ikuti Kami:

“Suami Terbaik” – Tak Malu Tunjuk Rasa Cinta Pada Isteri, Ramai Inginkan Suami Macam Yoo Jaesuk!

“Suami Terbaik” – Tak Malu Tunjuk Rasa Cinta Pada Isteri, Ramai Inginkan Suami Macam Yoo Jaesuk!

Siapa yang memang setia layan program Yoo Jae-suk pastinya tahu bahawa lelaki itu kerap menyebut tentang isterinya, Na Kyung-eun.

Baru-baru ini di laman TikTok, seorang peminat telah memuat naik kompilasi video Yoo Jae-suk, ketika dia menunjukkan rasa cinta kepada isterinya itu menerusi program hiburan.

Khususnya dalam video itu, lelaki berusia 51 tahun tersebut sering teringat akan Na Kyung-eun, sama ada setiap kali dia membeli sesuatu atau ketika menikmati makanan yang enak.

Yoo Jae-suk juga pernah meluahkan,

Tanpa Na Kyung-eun, saya tidak akan menjadi apa-apa.

Setakat ini, video itu telah pun meraih lebih 4 juta tontonan dengan 900 ribu sukaan. Antara komen yang ditulis,

  • Yoo Jae-suk memang green flag.
  • Dia patut menang anugerah suami terbaik.
  • Mana nak dapat suami macam Yoo Jae-suk ni 🙃😔
  • Ji Suk-jin adalah kawan sebenar. Dia yang kenalkan Nak Kyung-eun pada Yoo Jae-suk.

Semoga mereka berbahagia selamanya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...