‘Stalker’ Sanggup Ke Korea Untuk Luah Perasaan Cinta, Peminat Khuatiri Keselamatan Nayeon TWICE

'Stalker' Sanggup Ke Korea Untuk Luah Perasaan Cinta, Peminat Khuatiri Keselamatan Nayeon TWICE

Bukan senang nak jadi artis K-Pop, macam-macam dugaan yang perlu dilalui bagi merealisasikan impian untuk menjadi idola yang terkenal di Korea dan juga seluruh dunia. Apabila menjadi selebriti, pasti kehidupan peribadi akan menjadi perhatian peminat serta orang ramai. Payahlah kalau nak jalani kehidupan dengan privasi!

Sama juga seperti kes seorang idola bernama Nayeon daripada kumpulan TWICE ini. Bayangkan walaupun aktiviti setiap ahli TWICE dikawal ketat, masih ada peminat ‘psiko’ yang dapat mengganggu mereka! Baru-baru ini, seorang lelaki warga asing bernama Yosh mendakwa bahawa dia mempunyai hubungan cinta dengan gadis itu.

nayeon twice diganggu oleh peminat yang mahu mengakui cintanya

Seorang individu daripada sebuah komuniti peminat telah mendedahkan perbualannya dengan lelaki itu. Yang mengejutkan apabila Yosh telah berkali-kali mengajukan soalan mengenai kediaman yang diduduki oleh ahli TWICE.

nayeon twice diganggu oleh peminat yang mahu mengakui cintanya

nayeon twice diganggu oleh peminat yang mahu mengakui cintanya
nayeon twice diganggu oleh peminat yang mahu mengakui cintanya

Lelaki itu juga menyatakan hasrat untuk meluahkan perasaan cintanya itu yang telah berbunga sejak 3 tahun lepas lagi. Menurutnya lagi, dia telah ke Seoul bagi mencari Nayeon namun pulang dengan hampa kerana tidak berjaya menemuinya. Bukan itu sahaja, dia telah ‘berkampung’ di syarikat naungan kumpulan itu iaitu JYP Entertainment dengan harapan dapat bersemuka dengan gadis itu.

nayeon twice diganggu oleh peminat yang mahu mengakui cintanya

Yosh turut menafikan bahawa dia adalah ‘stalker’, dia menjelaskan bahawa dia hanya ingin berjumpa dengan Nayeon dan berbincang tentang perasaan cintanya itu.

nayeon twice diganggu oleh peminat yang mahu mengakui cintanya

Rata-rata peminat TWICE telah bekerjasama bagi menghalang niat ‘gila’ lelaki itu selain mahu melindungi Nayeon daripada diapa-apakan olehnya. Mereka juga telah menyebarkan maklumat lelaki itu yang didapati daripada laman Youtubenya serta komuniti peminat tersebut.

Harap lelaki ini akan ditangkap secepat mungkin supaya Nayeon tidak akan diapa-apakan olehnya. Para peminat seharusnya tahu batas mereka supaya tidak melanggarnya sehingga menyusahkan selebriti kesayangan masing-masing.

Sumber: Allkpop

1 komen

Leave a Reply