Song Jihyo Nampak Menyeramkan Dalam Trailer Filem ‘The Intruder’, Peminat Dah Tak Sabar Nak Tonton!

song jihyo filem the intruder

Dengar cerita ramai betul yang dah tak sabar nak tonton filem terbaru ahli popular rancangan “Running Man” iaitu Song Jihyo. Naskhah yang membawa kisah thriller misteri di antara sepasang adik beradik itu ternyata mengembalikan semula ingatan penonton apabila wanita itu membawa watak seram dalam filem debutnya iaitu “Wishing Stairs” pada tahun 2003.

song jihyo filem the intruder

Wanita itu memainkan watak sebagai Yoojin, adik perempuan yang menghilangkan diri namun kembali semula ke pangkuan keluarganya selepas 25 tahun. Keliru dengan kehadirannya, si abang Seojin yang dilakonkan oleh pelakon Kim Mooyeol menjadi sangsi dan sentiasa memerhatikan gerak geri adiknya itu. Meskipun sama sahaja rupanya semasa dia belum hilang tetapi aura Yoojin kelihatan pelik sehingga membuatkan Seojin tertanya-tanya mengenai misteri kehilangan adiknya itu.

song jihyo filem the intruder

Bagi menaikkan lagi antisipasi penonton, satu sedutan trailer “The Intruder” pun turut diriliskan!

 

Kesemua penonton nampaknya dah tak sabar nak tonton transformasi wanita blur ini ke dalam watak misteri. Asyik bawa watak romantik, jadi para peminat nyata teruja dengan wataknya dalam filem “The Intruder” ini.

Jihyo kelihatan sangat menakutkan. Nampak lain sangat apabila bawa watak sebegini.

 

Watak ini nampaknya sesuai dengan Jihyo! Dia pandai bawakan karakter misteri dan menakutkan.

Tak sabarnya nak tonton sisi Jihyo yang baru. Nampak seperti dia berjaya lakonkan watak ini. Sangat menyeramkan, saya suka!

 

Saya harap semakin ramai yang akui bahawa dia pelakon yang bagus.

 

Filem ada aura seperti ‘Get Out’ dan ‘Forgotten’. Kelihatan menarik!

Bakal ditayangkan pada Mac ini, rasanya ramai yang akan serbu wayang bila ia keluar nanti!

Leave a Reply