Ikuti Kami:

Sokong Program Bekas Pengarah ‘Running Man’, Lee Kwangsoo Sertai Yoo Jaesuk Dalam ‘Whenever There’s Chance’

Sokong Program Bekas Pengarah ‘Running Man’, Lee Kwangsoo Sertai Yoo Jaesuk Dalam ‘Whenever There’s Chance’

Pelakon Lee Kwang-soo muncul dalam program hiburan SBS selepas meninggalkan ‘Running Man’.

Menurut laporan media, Lee Kwang-soo akan menyertai rakaman sebagai tetamu pertama dalam program hiburan baru SBS bertajuk “Whenever There’s Chance” yang akan ditayangkan pada 23 April ini.

Ianya merupakan sebuah program hiburan yang memaparkan sekumpulan profesional menjelajah satu negara untuk mencari sesiapa yang mempunyai kelapangan masa. Mereka ini ditugaskan untuk menghantar sedikit rezeki buat individu bekerja keras dalam kehidupan yang sibuk

lee kwangsoo yoo jaesuk

Sebelum tayangan pertamanya, program ini telah mendapat perhatian besar dengan memaparkan Yoo Jae-suk dan Yoo Yeon-seok sebagai hos selain ianya merupakan garapan bekas pengarah “Running Man”, Choi Bo-pil.

Mereka dijangka akan membawa kepada penonton kegembiraan dan ketawa sedari siaran perdana “Whenever There’s Chance” dengan ‘chemistry’ yang baik antara mereka. Kehadiran Lee Kwang-soo dalam program hiburan SBS ini menarik perhatian kerana ia merupakan penampilannya yang pertama sejak dia berhenti dari ‘Running Man’ pada Jun 2021.

Tak sabar nak tengok!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...