Ikuti Kami:

Siri Popular Netflix Dikecam Netizen Korea Selepas Bandingkan Kimchi Dengan Sesuatu Yang Jijik!

Siri Popular Netflix Dikecam Netizen Korea Selepas Bandingkan Kimchi Dengan Sesuatu Yang Jijik!

Mesti semua tahu mengenai siri popular di laman penstriman Netflix iaitu “Sex Education” kan? Kalau anda nak tahu kisah ini membawa cerita seorang remaja bernama Otis Milburn yang kurang tahu mengenai hal seksual walhal ibunya sendiri merupakan seorang ahli terapi seks yang arif tentang hal tersebut. Kemudiannya dia dan beberapa rakan yang lain telah membuka bisnes khidmat nasihat seks dan membantu ramai pelajar di sekolahnya yang mengalami masalah mengenai isu privasi tersebut.

sex education 2

Betap hebatnya siri ini kerana musim pertamanya telah mendapat lebih 40 juta tontonan selepas ditayangkan. Disebabkan oleh penerimaan yang baik daripada orang ramai, Netflix telah mengumumkan musim kedua “Sex Education” yang bakal menemui penonton pada 17 Januari ini nanti.

Bagi menaikkan lagi keterujaan penonton, drama bersiri itu telah memuat naik trailer rasminya. Walaubagaimanapun rata-rata penonton daripada Korea telah menyelar satu babak yang ditayangkan di dalam sedutan pendek tersebut. Menurut mereka ungkapan “My c** tastes like kimchi” yang digunakan adalah rasis dan tak sensitif langsung!

sex education 2

Netizen Korea bertambah bengang kerana babak tersebut telah dipotong dalam trailer versi Korea tetapi ia dimasukkan di dalam trailer rasmi. Bagi penonton, nampak sangatlah Netflix sendiri merasakan skrip itu bermasalah sehingga tidak memasukkannya ke dalam trailer versi Korea!

sex education 2 terima kecaman netizen

“Kalau bukan isu yang besar, kenapa potong babak tersebut daripada trailer versi Korea?”

“Dah gila mereka ini.”

“Bukankah menyinggung perasaan apabila mereka menggunakan kimchi untuk menggambarkan sesuatu yang menjijikkan?”

“Saya mahu tahu kenapa babak tersebut dibuang dalam trailer versi Korea. Kalau tidak bermasalah, sepatutnya ia dimasukkan sekali. Peliknya.”

“Saya tidak faham orang yang tidak faham dengan reaksi kita ini.”

“Fahami konteks ayatnya. Lelaki itu mengatakan air m***nya berasa jijik dan membandingkannya dengan kimchi. Adakah itu tak menyinggung awak? Ia seperti menghina.”

Marah habis orang Korea! Nantikan kenyataan rasmi daripada pihak Netflix mengenai isu ini.

Sumber: Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...