Setelah Dua Tahun Berahsia, Kang Gary Dedahkan Wajah Anak Lelakinya

kang gary anak

Pasti ramai yang merindui gelagat spontan dan kelakar Kang Gary dalam rancangan hiburan popular di Korea serta di serata Asia Tenggara iaitu Running Man. Tapi sayangnya apabila artis itu membuat keputusan mengundurkan diri daripada rancangan itu atas alasan ingin fokus kepada muziknya.

Pun begitu, selepas meninggalkan Running Man, dia telah mengumumkan perkahwinannya bersama seorang wanita pada 5 April 2017 di mana majlis tersebut telah dijalankan secara rahsia. Dia turut menimang cahaya mata pada 17 November tahun yang sama. Namun, dia tidak pernah berkongsi wajah anak lelakinya itu kerana tidak mahu mendedahkan hal peribadi keluarganya.

Setelah dua tahun Gary menyorokkan wajah anak kesayangannya itu daripada orang ramai, dia akhirnya telah memuat naik beberapa keping foto yang menampakkan raut wajah kanak-kanak itu. Dia turut meletakkan kapsyen ‘Rakan baik’ pada entri itu.

kang gary

anak gary

Rata-rata peminat turut memuji Gary sebagai seorang bapa yang penyayang kerana sering meluangkan masa bermain dengan anak lelakinya itu. Laman media sosial penyanyi rap ini turut dipenuhi dengan gambar bersama anak tunggalnya itu.

Ramai peminat sebenarnya teringin nak lihat wajah wanita yang berjaya menambat hati Gary namun agak sukar kerana dia sangat berahsia mengenai hal keluarganya. Walaupun sudah lama meninggalkan Running Man, peminat merindui lawak selamba dan ‘masuk air’ ahli rap itu yang sentiasa menjadi penyeri rancangan tersebut.

Sumber: Instagram

1 komen

Leave a Reply