Ikuti Kami:

Setelah 15 Tahun Menyewa, Yoo Jaesuk Dilapor Beli Penthouse Mewah Bernilai RM30 Juta Secara Tunai

Setelah 15 Tahun Menyewa, Yoo Jaesuk Dilapor Beli Penthouse Mewah Bernilai RM30 Juta Secara Tunai

Setelah berbelas tahun menyewa, Yoo Jae-suk akhirnya telah membeli rumahnya sendiri!

Terbaru menurut laporan, Yoo Jae-suk telah membeli sebuah penthouse mewah yang terletak di Nonhyeon, Gangnam, Seoul pada tahun lepas dan baru sahaja menyelesaikan segala pendaftaran pada awal bulan ini.

Untuk pengetahuan, harga jualan untuk rumah itu dilapor bernilai 8.7 bilion won (RM30,025,962) dan nampaknya rumah itu telah dibeli sepenuhnya secara tunai kerana tiada rekod gadai janji yang dipaparkan sekiranya ada pinjaman yang dibuat.

yoo jaesuk

Selain itu, penthouse yang dibeli Yoo Jae-suk mempunyai keluasan sehingga 199㎡ dengan 5 bilik dan 3 bilik air. Turut dimaklumkan bahawa pelakon Han Hyo-joo turut tinggal di apartmen yang sama.

Meskipun mempunyai pendapatan yang besar, lelaki itu telah menyewa di sebuah apartmen di Apgujeong-dong selama lebih 15 tahun sebelum ini  dan baru sahaja memiliki rumahnya sendiri kini.

Tahniah Yoo Jae-suk!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...