Ikuti Kami:

Sertai Jin Kijoo & Kim Minju, Seo Kangjoon Sah Terajui Drama Aksi Komedi ‘Undercover High School’

Sertai Jin Kijoo & Kim Minju, Seo Kangjoon Sah Terajui Drama Aksi Komedi ‘Undercover High School’

Pasti ramai kan yang menantikan drama Seo Kang-joon yang seterusnya?

Terbaru, MBC telah mengesahkan bahawa Seo Kang-joon akan terajui drama baru akan datang berjudul “Undercover High School”.

Untuk pengetahuan, “Undercover High School” ialah drama aksi komedi tentang seorang lelaki yang menyamar sebagai pelajar sekolah menengah sambil menyembunyikan identitinya sebagai ejen Perkhidmatan Perisikan Negara (NIS).

Dalam drama ini, Seo Kang-joon akan membawa watak sebagai Jung Hae-sung, seorang ejen NIS yang diturunkan pangkat selepas isu besar semasa operasi.

seo kangjoon

Dalam operasi baharu, Jung Hae-sung menyamar sebagai pelajar sekolah menengah untuk menyusup masuk ke sebuah sekolah menengah yang mempunyai kaitan dengan jongkong emas Maharaja Gojong, dan di sana, dia akhirnya menikmati kehidupan sekolah menengah yang lain.

Sementara itu, Jin Ki-joo dan Kim Min-ju juga dilapor untuk membintangi drama yang sama namun masih tiada pengesahan lagi setakat ini.

Nantikan info lanjut mengenai “Undercover High School”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   OSEN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...