Ikuti Kami:

“Serius Serupa” – Netizen Korek Kehidupan Peribadi, Wajah Kakak Byun Wooseok Tular

“Serius Serupa” – Netizen Korek Kehidupan Peribadi, Wajah Kakak Byun Wooseok Tular

Populariti Byun Woo-seok memang tak dapat disangkal lagi!

Semenjak popular dek membawa watak romantis Ryu Sun-jae dalam drama “Lovely Runner”, nama pelakon itu terus melonjak dalam arena K-Drama di seluruh dunia.

Bila dah terkenal, mesti ramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kehidupan peribadinya kan? Terbaru, foto yang dipercayai merupakan kakak Byun Woo-seok telah tular di serata media sosial.

Dikenali sebagai Byun Hyun-jin, media mendedahkan bahawa wanita tersebut berkidmat sebagai pramugari tatkala ini. Komen peminat, “Byun Woo-seok dan kakaknya memang seiras sangat sampai lesung pipit mereka pun di tempat yang sama”.

Sebelum ini, pelakon lelaki itu pernah mendedahkan bahawa kakaknya itu pernah bekerja sebagai model sebelum menjadi pramaguri lantas dia memulakan karier sebagai model selepas melihat wanita tersebut.

Seiras tak mereka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   X

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...