Ikuti Kami:

“Seperti Api Yang Membara” – Sebab Utama Jadi Pelakon, Kang Hoon Luah Rasa Cinta Buat Taeyeon SNSD

“Seperti Api Yang Membara” – Sebab Utama Jadi Pelakon, Kang Hoon Luah Rasa Cinta Buat Taeyeon SNSD

Kang Hoon ini telah meluahkan perasaannya terhadap Tae-yeon GIRLS’ GENERATION

Kemunculan Kang Hoon sebagai tetamu di “Radio Star” telah tular di media sosial. Di mana, dalam rancangan itu dia telah berkongsi sebab utama dia menjadi pelakon.

Menurut pelakon itu, motivasi terbesarnya untuk bergelar pelakon ialah supaya dia boleh berjumpa dengan ahli GIRLS’ GENERATION.

Katanya,

Saya selalu fikir macam mana nak jumpa GIRLS’ GENERATION, dan masa tu juga ilham nak jadi pelakon tu muncul.

Tambahnya,

Tae-yeon merupakan idola pertama dan terakhir yang saya minat. Cinta saya pada dia sama seperti api yang sedang membara.

Saya tak pernah lagi berjumpa dengan dia, tapi saya nak sangat muncul di ‘Amazing Saturday’ dan beritahu dia yang dia ialah sebab saya jadi pelakon.

Selepas video itu tular, rata-rata netizen telah memuji pelakon tersebut.

Komen mereka,

  • Comelnya..
  • Tolong la jemput dia datang ‘Amazing Saturday’.
  • Saya harap awak akan dapat jumpa Tae-yeon!
  • Saya harap impian dia akan jadi kenyataan!

Semoga Kang Hoon dapat jumpa Tae-yeon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...