Sentuh Kisah Kesihatan Mental, ‘Fix You’ Labuh Tirai Dengan Rating Rendah

episod akhir fix you

KBS baru-baru ini telah menayangkan sebuah naskhah baru yang menyentuh dengan lebih mendalam isu psikologi dan kesihatan mental menerusi drama “Fix You”!

Sinopsis ringkas

Lee Shi-joon (Shin Ha-kyun), Ji Young-won (Park Ye-jin), Tae In-ho (In Dong-hyeok) merupakan tiga orang sahabat ‘kamceng’ yang juga merupakan rakan sekerja di jabatan psikiatri di sebuah hospital. Shi-joon memang dikenali sebagai pakar yang menggunakan perangai ‘gila-gila’nya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi para pesakit.

Disebabkan rawatannya yang luar daripada norma, lelaki itu telah ditugaskan untuk menjaga seorang pesakit, Han Woo-joo (Jung So-min) iaitu seorang pelakon muzikal yang sedang meningkat naik namun mempunyai masalah pengurusan marah yang sangat serius.

episod akhir fix you Walaupun skeptikal dengan bantuan orang lain tetapi disebabkan oleh semangat jitu yang ditonjolkan oleh Shi-joon, Woo-joo mula menjalani rawatan profesional. Meskipun mengangkat tema yang berat, namun drama ini turut menerapkan elemen kelakar bagi menghiburkan penonton di kala berada dalam kesedihan.

Tamat secara senyap

Drama perubatan ini memberi fokus kepada kesihatan mental dan bagaimana individu yang mempunyai diagnosis dengan pelbagai penyakit yang berkaitan menelusuri kehidupan seharian mereka, sesuatu yang jarang dilihat dalam K-Drama.

Menerusi perkembangan personaliti Woo-joo, penonton juga berasa sembuh apabila melihat wanita itu mula menerima bahawa dia merupakan seorang pesakit kecelaruan personaliti pinggiran (borderline personality disorder). Bahkan Woo-joo membuka lembah hidup yang baru dengan Shi-joon di sisinya.

episod akhir fix you

Menerusi “Fix You”, penonton mengenali lebih banyak penyakit disebabkan gangguan mental dan mula belajar cara untuk menanganinya sekiranya ia berlaku pada orang sekeliling mereka.

Meskipun mempunyai banyak mesej yang baik, drama ini hanya mampu meraih rating yang tinggi semasa episod pertamanya iaitu 5.2% sebelum jatuh merudum dan berlegar-legar di antara 1% ke 2% sebelum melabuhkan tirainya dengan catatan 2.3% sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply