Ikuti Kami:

Sentuh Isu Kesihatan Mental, Episod Pertama ‘Fix You’ Dapat Rating Baik Tapi Ada Penonton Dah Merungut?

Sentuh Isu Kesihatan Mental, Episod Pertama ‘Fix You’ Dapat Rating Baik Tapi Ada Penonton Dah Merungut?

KBS kini kembali dengan sebuah naskhah baru yang menyentuh dengan lebih mendalam isu psikologi dan kesihatan mental menerusi drama “Fix You”!

Sinopsis ringkas

Drama perubatan ini memberi fokus kepada kesihatan mental dan bagaimana individu yang mempunyai diagnosis dengan pelbagai penyakit yang berkaitan menelusuri kehidupan seharian mereka, sesuatu yang jarang dilihat dalam K-Drama.

Lee Shi-joon (Shin Ha-kyun), Ji Young-won (Park Ye-jin), Tae In-ho (In Dong-hyeok) merupakan tiga orang sahabat ‘kamceng’ yang juga merupakan rakan sekerja di jabatan psikiatri di sebuah hospital. Shi-joon memang dikenali sebagai pakar yang menggunakan perangai ‘gila-gila’nya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi para pesakit.

kbs fix you

Disebabkan rawatannya yang luar daripada norma, lelaki itu telah ditugaskan untuk menjaga seorang pesakit, Han Woo-joo (Jung So-min) iaitu seorang pelakon muzikal yang sedang meningkat naik namun mempunyai masalah pengurusan marah yang sangat serius.

Walaupun skeptikal dengan bantuan orang lain tetapi disebabkan oleh semangat jitu yang ditonjolkan oleh Shi-joon, Woo-joo mula menjalani rawatan profesional. Meskipun mengangkat tema yang berat, namun drama ini turut menerapkan elemen kelakar bagi menghiburkan penonton di kala berada dalam kesedihan.

Raih rating memberangsangkan

Agak membanggakan kerana drama “Fix You” berjaya meraih rating yang boleh tahan baik semasa tayangan episod perdananya iaitu 4.7% dan 5.2%. Pun begitu, catatannya sedikit menurun pada episod seterusnya iaitu sekadar merekodkan 4.4% dan 4.8% sahaja. Kemungkinan besar ia adalah kerana saingan yang hebat daripada drama “Hospital Playlist” yang ditayangkan dalam slot waktu yang hampir sama.

Rata-rata penonton terhibur dengan elemen komedi yang diterapkan di dalam “Fix You” selain memuji kehebatan lakonan yang ditunjukkan oleh Shin Ha-kyun dan Jung So-min sebagai teraju utama naskhah tersebut.

kbs fix you

Penonton kritik etika doktor yang dibawa dalam “Fix You”

Walaubagaimanapun, terdapat juga suara sumbang yang menegur etika yang dipraktikkan oleh doktor di dalam drama ini. Sepertinya tindakan tidak wajar Shin-joon dalam merawat pesakit sebenarnya melanggar peraturan pakar psikiatri jikalau ia berlaku dalam dunia realiti.

Selain itu, ramai juga yang melahirkan rasa tidak selesa dengan hubungan romantik yang bakal disajikan oleh kedua watak ini. Bukan sahaja mempunyai jarak umur yang jauh malahan hubungan cinta di antara doktor dan pesakit tidak sepatutnya dijadikan norma kerana ia adalah salah di sisi undang-undang kedoktoran.

kbs fix you

“Fix You” ditayangkan pada setiap Rabu dan Khamis di saluran KBS!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...