Ikuti Kami:

Selepas ‘Hierarchy’, Roh Jeongeui & Lee Chaemin Dilapor Akan Bergandingan Semula Dalam ‘Bunny & Her Boys’

Selepas ‘Hierarchy’, Roh Jeongeui & Lee Chaemin Dilapor Akan Bergandingan Semula Dalam ‘Bunny & Her Boys’

Roh Jeong-ui dan Lee Chae-min akan kembali dengan drama baru.

Terbaru, Roh Jeong-eui dan Lee Chae-min dilapor telah diberikan tawaran untuk bergandingan dalam drama romantik komedi keluaran MBC, “Bunny And Her Boys”.

Drama ini mengisahkan tentang seorang pelajar universiti bernama Bunny (Roh Jeong-eui), yang mempunyai hubungan percintaan yang teruk kerana dia tidak mempedulikan penampilannya.

Namun, selepas dia mengubah sepenuhnya penampilan dirinya, dia telah didekati oleh 5 lelaki kacak dan perlu memilih salah seorang dari mereka.

Sehingga kini, agensi kedua-dua pelakon tersebut belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai penglibatan mereka dalam drama “Bunny And Her Boys”.


Sementara itu, “Bunny And Her Boys” akan menjadi penyatuan semula Roh Jeong-eui dan Lee Chae-min selepas bergandingan dalam siri terbaru Netflix, “Hierarchy”.

Serasi kan mereka berdua!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...