Ikuti Kami:

Selepas ‘Criminal Minds’, Lee Junki & Moon Chaewon Bakal Berganding Semula Dalam Drama Thriller ‘Flower Of Evil!

Selepas ‘Criminal Minds’, Lee Junki & Moon Chaewon Bakal Berganding Semula Dalam Drama Thriller ‘Flower Of Evil!

Ada tak yang pernah tonton drama “Criminal Minds” versi Korea? Boleh tahan saspens juga plot ceritanya. Tapi yang paling best ialah gandingan hebat pelakon berbakat iaitu Lee Junki dan Moon Chaewon di dalam naskhah itu. Padan sungguh mereka sebagai rakan detektif yang menyelesaikan pelbagai jenayah ngeri bersama. Ada tak yang rindu nak melihat kedua-dua pelakon ini berlakon sekali lagi? Berita baik untuk anda kerana mereka disahkan bakal kembali berlakon bersama dalam drama terbaru iaitu “Flower Of Evil” yang akan ditayangkan menerusi saluran tvN tak lama lagi.

Naskhah ini ialah sebuah drama penuh saspens tentang seorang penderita sakit jiwa yang mengubah identitinya untuk mengaburi kekejaman pada masa lampaunya. Dia kemudiannya dibantu oleh isterinya untuk membongkar cerita sebenar disebalik kisah tersebut. Thriller ini membawa penonton menelusuri kisah pasangan ini yang berubah dengan drastik daripada sebuah kehidupan yang bahagia kepada kancah jenayah.

lee junki

Lee Junki akan memainkan watak Baek Heesung iaitu seorang tukang besi. Menerusi perniagaannya sendiri, dia mampu membela dan menyara kehidupan dia bersama isteri anaknya. Dia juga sangat selesa dengan kerja rumah dan penjagaan anak selain dia merupakan seorang lelaki yang tidak tamak dan berpuas hati dengan apa yang dimilikinya. Walaubagaimanapun, dia tidak mempunyai sebarang emosi termasuklah kegembiraan, kesedihan, hormat, kagum, simpati, empati, rasa bersalah atau pun bertimbang rasa.

moon chaewon

Moon Chaewon pula bakal melakonkan watak si isteri yang juga merupakan seorang detektif jenayah bernama Cha Jiwon. Meskipun tubuh badannya yang kecil dan air muka seperti keanak-anakan menimbulkan persoalan sama ada dia boleh mengendalikan kes jenayah berat namun sikap ingin tahunya memberikan dia rasa teruja dan bukannya ketakutan. Kegembiraan yang dialaminya semasa menyelesaikan jenayah memberikan kepuasan yang tinggi dalam kerjayanya.

“Flower Of Evil” diarahkan oleh Kim Chulgyu yang pernah berkerja untuk banyak naskhah popular lain, antaranya “On The Way To The Airport”, “Chicago Typewriter” dan “Mother”. Skripnya pula digarap oleh Yoo Junghee yang pernah menulis untuk “Naked Fireman”.

moon chaewon dan lee junki

Ramai peminat nyata tidak sabar menanti projek terbaru Lee Junki ini kerana kali terakhir dia menghiasi kaca televisyen ialah pada 2 tahun lepas menerusi drama “Lawless Lawyer”. Manakala ini pula adalah drama pertama Moon Chaewon setelah sekian lama tidak membintangi mana-mana drama selepas tamat drama “Mama Fairy and the Woodcutter”.

Tak sabarnya nak lihat Moon Chaewon dan Lee Junki berlakon kembali. Dah lah mereka sepadan sangat dalam “Criminal Minds”.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...