Selepas 6 Tahun Bercinta, Yoon Kyesang & Lee Honey Dah Berpisah?

lee honey yoon kyesang

Peminat K-Drama dan K-Filem pasti mengenali kedua-dua pelakon hebat iaitu Lee Honey dan Yoon Kyesang. Lee Honey terkenal melalui lakonannya seperti dalam drama Pasta, filem Tazza dan juga Extreme Jobs. Manakala Yoon Kyesang pula terkenal menerusi lakonannya dalam drama The Greatest Love dan The Good Wife selain melalui filem The Outlaws.

Umum juga mengetahui bahawa mereka berdua ini telah menyulam kasih sejak daripada tahun 2013 lagi. Mereka jugs tidak segan untuk mengaku tentang hubungan romantik itu apabila ditanyakan oleh wartawan dan peminat.

Baru-baru ini, Lee Honey telah memuat naik foto bersama anjing peliharaannya, Gamsa di laman Instagramnya. Pun begitu, rata-rata peminat berasa resah kerana kapsyen yang ditulisnya menggambarkan seperti dia telah berpisah dengan Yoon Kyesang.

yoon kyesang lee honey

Menerusi entri itu, dia meluahkan perasaan tentang semuanya telah berubah dan bagaimana dia sangat merindui hari-hari yang telah berlalu itu.

Walau bagaimanapun, syarikat naungan mereka tampil dan menjelaskan entri itu hanyalah sekadar Lee Honey mengimbau kenangan bersama anjing peliharaan yang telah dibelanya hampir 5 tahun.

Wakil syarikat itu menambah, apabila mendengarkan khabar angin perpisahan itu, Lee Honey dan Yoon Kyesang kedua-duanya tertawa kuat dan menegaskan bahawa hubungan mereka masih kukuh.

Sumber: Allkpop

Leave a Reply