Ikuti Kami:

Sedihnya, Keluarga Naeun & Gunhoo Berehat Seketika Daripada ‘Superman Returns’

Sedihnya, Keluarga Naeun & Gunhoo Berehat Seketika Daripada ‘Superman Returns’

Siapa merupakan penonton setia rancangan “Superman Returns”, angkat tangan! Mesti ramai kan? Program penjagaan kanak-kanak ini nyata menghiburkan hati penonton tambahan pula apabila dapat melihat kekalutan si ayah menguruskan anak-anaknya yang kelam-kabut.

Salah seorang selebriti yang membintangi rancangan ini ialah pemain bola sepak iaitu Park Joo Ho. Sejak mula kemunculannya, memang ramai yang jatuh hati melihat kecomelan anak-anaknya iaitu Naeun dan Gunhoo. Berdarah kacukan Korea-Swiss, kanak-kanak ini memang mendapat genetik yang terbaik daripada kedua ibu bapa mereka.

naeun dan gunhoo

Telatah Gunhoo yang kelakar dan ‘masuk air’ turut menarik ramai gadis dan makcik-makcik untuk jatuh sayang padanya. Walaupun belum pandai bertutur, tapi bebelan merepeknya itu sangat menghiburkan! Manakala si kakak Naeun yang bijak dan cantik turut berjaya meraih perhatian ramai orang. Semua berharap agar dapat anak seperti mereka suatu hari nanti.

Baru-baru ini, Anna iaitu ibu kepada Gunhoo dan Naeun telah mengumumkan kelahiran cahaya mata ketiga keluarga itu menerusi laman Instagramnya. Meskipun tidak mendedahkan jantinanya lagi, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada mereka dan tak sabar nak melihat baby baru itu. Confirm comel macam Gunhoo dan Naeun!

adik gunhoo dan naeun

Tapi sedikit sedih kerana Park Jooho, Anna serta Gunhoo dan Naeun bakal berehat seketika daripada rancangan “Superman Returns” selepas ini. Semasa penghujung rancangan itu pada 19 Januari lepas, pemain bola sepak itu telah berkongsi berita tersebut.

“Kami sedang menantikan kelahiran anak ketiga. Keluarga kami bakal berada di Switzerland untuk proses kelahiran tersebut, jadi kami akan berhenti muncul dalam ‘Superman Returns’ buat seketika.”

Ala mesti rindu! Tidak pasti bila mereka akan kembali semula ke rancangan ini. Tetapi harapnya kita akan dapat lihat lagi telatah Gunhoo dan Naeun serta adik baru mereka suatu hari nanti.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...