Ikuti Kami:

‘Secret Forest’ Kembali Dengan Musim Kedua Ogos Ini

‘Secret Forest’ Kembali Dengan Musim Kedua Ogos Ini

Berita baik untuk semua yang sedang menantikan musim kedua “Secret Forest”! Drama tersebut dikatakan bakal menemui penonton dengan musim terbarunya pada bulan Ogos nanti.

Musim pertama “Secret Forest” ditayangkan pada tahun 2017 dan menceritakan tentang seorang pendakwa yang tidak mempunyai perasaan, Hwang Si-mok (Cho Seung-woo) dan seorang polis yang baik hati, Han Yeo-jin (Bae Doo-na). Kedua mereka bergabung tenaga untuk menangkap pembunuh bersiri dan membongkarkan rasuah yang berlaku secara senyap dalam pejabat pendakwaraya tersebut.

secret forest 2

Naskhah tersebut menerima pujian ramai semasa tayangannya dek plot yang menakjubkan untuk genre tersebut. Musim kedua “Secret Forest” bakal menyaksikan Cho Seung-woo dan Bae Doo-na kembali beraksi dengan tambahan dua watak baru yang bakal dilakonkan oleh Choi Moo-sung dan Jeon Hye-jin.

Menurut tvN, musim kedua drama itu bakal menghabiskan kesemua pengambaran sebelum tayangannya dan ia akan menggantikan slot “It’s Okay To Not Be Okay” selepas ia menamatkan siaran pada bulan Ogos nanti.

Siapa yang dah tak sabar nak saksikan gandingan hebat Cho Seung-woo dan Bae Doo-na semula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...