Seronoknya tengok kehidupan bahagia Lee Seung-gi dan Lee Da-in sekarang selepas menimang cahaya mata pertama mereka pada Februari lalu.
Terbaru dalam program “My Little Old Boy”, Lee Soo-geun dan Eun Ji-won telah muncul sebagai tetamu, di mana mereka ada bercakap tentang pelbagai topik. Dalam siaran itu, Lee Soo-geun bertanya sekiranya Eun Ji-won ada berjumpa dengan sesiapa selepas dia bercerai.
Jawab ahli SECHSKIES itu,
Ya, ada seseorang suatu ketika dahulu tetapi baru-baru ini tiada. Saya dah cakap dengan ibu saya mengenai cucu yang dia mahukan. Saya beritahu bahawa saya tak bercadang untuk ada anak. Sejujurnya, ini bukan sesuatu yang saya rasa tertarik sama sekali.
Sebagai bapa kepada dua orang anak lelaki, Lee Soo-geun memberi respon,
Mempunyai anak adalah pengalaman yang indah. Seung-gi juga telah menjadi bapa tidak lama dahulu. Dia cukup sibuk menjaga bayinya sejak kebelakangan ini. Saya menelofannya haritu dan dia berkata ‘Oh hyung, saya sedang jaga anak saya.’
Bagaimanapun, Eun Ji-won dengan tegas menyatakan,
Ya, semua ahli SECHSKIES mempunyai anak. Tetapi bagi saya, ia tetap tidak. Saya telah membuat keputusan untuk tidak mempunyai anak.
Takpe lah, lain orang lain kemahuannya kan.