Ikuti Kami:

“Saya Takkan Boleh Jadi Pelakon” – Video Wi Hajoon & Jung Ryeowon Rakam Babak Ranjang Bersama Tular

“Saya Takkan Boleh Jadi Pelakon” – Video Wi Hajoon & Jung Ryeowon Rakam Babak Ranjang Bersama Tular

Peminat K-Drama pasti tahu kan bahawa Wi Ha-joon memang jarang ada adegan romantik dalam projek lakonanannya.

Berbeza pula dengan drama barunya kali ini “The Midnight Romance in Hagwon”, di mana Wi Ha-joon memainkan watak sebagai Lee Jun-ho iaitu bekas pelajar yang jatuh cinta dengan cikgunya Seo Hye-jin (Jung Ryeo-won) dan akhirnya bekerja sebagai pengajar di tempat yang sama.

Terbaru, tvN telah melancarkan video di sebalik tabir penggambaran untuk episod 9 dan 10 drama itu, memaparkan keserasian mantap antara dua pelakon tersebut.

Dalam video yang dikongsi, Wi Ha-joon dan Jung Ryeo-won dilihat sedang merakam pelbagai adegan mesra bersama termasuklak babak ranjang dan ciuman.

Meninjau di ruangan komen, penonton menulis,

  • Ini gila..saya memang takkan boleh jadi pelakon.
  • ‘Chemistry’ mereka memang nampak sangat natural!
  • Macam mana mereka boleh tak jatuh cinta?
  • Video di sebalik tabirnya lagi ‘panas’..

Sementara itu, “The Midnight Romance in Hagwon” ditayangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad menerusi Viu.

Haa syok tak korang drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Donga

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...