Ikuti Kami:

“Saya Mahu Berhenti Di Sini” – Heechul Tinggalkan Super Junior? Ini Penjelasan Agensinya!

“Saya Mahu Berhenti Di Sini” – Heechul Tinggalkan Super Junior? Ini Penjelasan Agensinya!

Peminat K-Pop veteran pasti kenal sangat dengan kumpulan Super Junior kan? Dianggotai oleh 13 orang ahli pada asalnya tetapi kini hanya tinggal 10 orang ahli yang aktif. Walaupun sudah 15 tahun berkecimpung sebagai idola, mereka masih lagi tampil kacak dan bertenaga ketika berada di atas pentas.

Salah seorang ahlinya yang dikenali ramai iaitu Heechul kini sangat aktif sebagai pengacara di pelbagai rancangan hiburan. Antaranya ialah “Knowing Brother”, “My Ugly Duckling”, “Delicious Rendezvous” dan banyak lagi. Baru sahaja mengemudi rancangan baru bertaju “7.7 Million Love” di saluran JTBC, idola tersebut telah membuat kenyataan yang mengelirukan ramai peminat.

hhe chul 7.7 million love

Kisah bermula apabila seorang lelaki daripada luar negara yang ingin berpisah dengan teman wanita Koreanya kerana di telah didiagnosis dengan satu penyakit yang jarang berlaku. Selepas mendengar cerita tersebut, Heechul telah berkongsi kisah di mana dia mengalami kemalangan yang teruk pada 14 tahun lepas.

14 tahun lepas, saya terlibat dengan satu kemalangan yang serius dan kedua-dua belah kakit saya patah dengan teruk. Sampaikan saya tak boleh gunakannya untuk berlari tetapi saya tetap naik ke pentas dan buat persembahan setiap kali konsert. Selepas 6-7 tahun, saya berasa terganggu dengan kaki ini lantas saya telah melakukan pemeriksaan semula. Mereka beritahu bahawa saya mungkin tidak akan dapat gunakan kaki lagi sekiranya saya berterusan seperti ini.

heechul super junior

Heechul menjelaskan persamaan ceritanya dengan lelaki asing tadi di mana dia berbincang dengan ahli Super Junior yang lain dan memberitahu bahawa kehidupannya sebagai idola yang menari di atas pentas kini sudah tamat.

Pun begitu, ahli yang lain tak kisah langsung dan berkata siapa kisah kalau awak tak menari atas pentas pun, janji kita bersama sehingga ke hujungnya… Saya sangat berterima kasih apabila mendengarnya tetapi saya tidak mahu menjadi seseorang yang menyusahkan lagi. Jadi saya cakap yang saya mahu berhenti di sini dan lakukan yang terbaik dalam bidang lain. Dalam kes ini, sepertinya saya memilih untuk minta putus.

Disebabkan oleh perkongsian cerita Heechul ini, ramai penonton yang keliru dan menganggap bahawa dia sudah keluar daripada Super Junior. Bagi menenangkan keadaan, agensi naungannya iaitu Label SJ telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini.

super junior

Mereka menegaskan bahawa idola itu masih menyertai album kumpulan itu dengan merakamkan lagu, mengambil gambar untuk album, penggambaran video muzik dan lain-lain.

Heechul mungkin tidak dapat menyanyi di atas pentas tetapi dia masih turut serta dalam album Super Junior dan kandungan lain. Heechul masih lagi ahli Super Junior. Mungkin timbul salah faham kerana rancangan hiburan yang biasa melakukan suntingan sedemikian.

Para peminat boleh tarik nafas lega kerana Heechul masih lagi merupakan ahli kumpulan Super Junior. Salah faham sahaja!

Sumber: YTN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...