Selepas sah sedang bercinta, kenyataan Lee Mi-joo baru-baru ini telah mendapat perhatian.
Pada minggu lalu, agensi telah mengesahkan tentang hubungan antara Lee Mi-joo dan pemain bola sepak profesional iaitu Song Bum-keun. Menurut info yang diselidiki peminat, pasangan itu sepertinya sudah menjalin hubungan sejak Mac tahun lalu kerana wanita tersebut dilihat sudah menyarungkan cincin pasangan sejak itu lagi.
Terbaru menerusi siaran 20 Oktober program “How Do You Play”, Lee Mi-joo telah mengejutkan ramai dengan kemahiran memasaknya ketika sedang menyediakan penkek soba.
Puji ahli lain,
Awak melakukannya dengan baik walaupun ini adalah kali pertama.
Respon wanita itu bangga,
Saya hanya perlu berkahwin.
Selepas mendengar kenyataan Mi-joo, netizen rata-rata teruja dan mengharapkan hubungannya bersama Song Bum-keun akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
Seronok tengok Mi-joo bahagia!