Ikuti Kami:

“Sangat Gembira” – Konsert 2 Hari Di Malaysia Selesai, Peminat Puji Kesungguhan IU Cakap Dalam Bahasa Melayu

“Sangat Gembira” – Konsert 2 Hari Di Malaysia Selesai, Peminat Puji Kesungguhan IU Cakap Dalam Bahasa Melayu

Kedatangan IU di Malaysia telah disambut meriah oleh peminat!

Pada 8 dan 9 Jun, IU telah mengadakan konsert jelajah selama 2 hari di Malaysia, yang berlangsung meriah di stadium Axiata Arena, Bukit Jalil.

Dengan tiket yang telah habis terjual untuk kedua-dua hari berkenaan, anggaran peminat yang menghadiri konsert  ‘H.E.R. WORLD TOUR’ itu adalah 30,000.

Menerusi video yang dikongsi peminat, IU telah mempersembahkan sebanyak 26 lagu secara keseluruhan termasuklah lagu “Love Wins All”, “Friday”, “Holssi” dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, penyanyi itu juga turut meluahkan rasa syukurnya kepada peminat, dengan memberikan ucapan dalam Bahasa Melayu. Ucapnya,

Kamu sangat bagus. Kamu sangat cantik. Sangat sweet. Saya sangat gembira sekarang!

Kemudian sebelum meninggalkan pentas, IU juga sempat berkata,

Bye bye korang, jumpa lagi ya.

Datang Malaysia lagi tau IU!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...