Ikuti Kami:

“Sampai Demam Teruk..” – Pelatih K-Pop Wanita Pertama Dari Malaysia, Alyssa Buka Cerita Cabaran Jadi Idola

“Sampai Demam Teruk..” – Pelatih K-Pop Wanita Pertama Dari Malaysia, Alyssa Buka Cerita Cabaran Jadi Idola

Baru-baru ini, Alyssa telah terlibat dengan temu bual dalam saluran ‘weKaypoh’ di laman TikTok.

Bagi yang belum tahu, Alyssa merupakan pelatih wanita K-Pop pertama dari Malaysia yang pernah menyertai program survival SBS “Universe Ticket”. Namun selepas satu persembahan rasmi sahaja, dia telah mengundur diri atas sebab tertentu.

Dalam video temu bual itu, Alyssa berkongsi pengalaman dan kesukaran menjadi seorang pelatih, untuk debut sebagai idola K-Pop. Kongsinya,

Ia agak susah untuk saya hadapi. Saya tidak pernah menari selama itu berturut-turut dalam sehari. Saya sampai demam yang sangat teruk. Ketika sedang berlatih, saya terpaksa undur diri kerana saya sakit dan mereka harus merawat saya.

@wekaypoh Being a K-pop idol is a dream many are starting to latch on, but it definitely isn’t an easy one to accomplish. We spoke to Alyssa @alyssa from the SBS K-pop survival show Universe Ticket on her experience training for the show. #UT #UniverseTicket #Alyssa #알리사 #malaysia #malaysiatiktok #korea #kpop #unis #sgnews #news #wekaypoh ♬ Come with me? (Universe) – UNIVERSE TICKET

Kemudian mengenai tips untuk mereka yang berminat untuk memasuki industri K-Pop, wanita berusia 19 tahun itu berkata,

Bersedia untuk kena reject. Bersedia untuk mempunyai perkara yang tidak selalu berjalan lancar. Anda akan menjadi lemah semangat, anda akan mengalami hari yang buruk tetapi itu tidak bermakna anda tidak berkembang.

Sambung Alyssa,

Jangan berputus asa, saya tahu ia adalah perkara yang sangat klise untuk dikatakan, tetapi saya benar-benar fikir peluang ini tidak akan datang untuk saya tetapi saya terus mencuba dan melakukan apa sahaja yang saya boleh. Saya rasa, jika anda tabah dan banyak usaha, perkara yang baik akan datang.

Bukan senang tau nak jadi idola K-Pop!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...