Siapa yang ada bersama “Running Man” sejak awanya? Pasti berasa nostalgia kan apabila melihat mereka menyambut episod ke-700 baru-baru ini.
Dalam episod terbaru ini, kesemua ahli telah menjalani misi istimewa bagi melihat sama ada mereka masih lagi mempunyai keserasian unggul selepas 14 tahun bersama.
Semasa bermain pelbagai permainan, ahli tetap iaitu Yoo Jae-suk, Ji Suk-jin, Kim Jong-kook, Haha, Song Ji-hyo dan Yang Se-chan turut menceritakan pelbagai cerita di sebalik tabir. Malah mereka turut mengajak ahli lama iaitu Lee Kwang-soo, Jeon So-min, Gary dan Song Joong-ki supaya kembali menyertai mereka secara sewaan mahupun tetamu.
Walaupun membuktikan semangat pasukan hingga ke hujung episod, ianya gagal menyentuh hati penonton apabila rating yang dicatatkan buat episod itu hanya berada di angka 3%. Bahkan ia merupakan catatan terendah untuk siaran tahun 2024.
Dalam pada itu, dalam temubual berasingan, pengarah Choi Hyung-in berjanji akan memberikan yang terbaik untuk masa hadapan “Running Man” selain meminta semua menyokong mereka.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.