Ikuti Kami:

Rosé BP Secara Rasmi Sertai Agensi ‘The Black Label’ Untuk Pengurusan Aktiviti Solo

Rosé BP Secara Rasmi Sertai Agensi ‘The Black Label’ Untuk Pengurusan Aktiviti Solo

Selepas keluar dari YG Entertainment, Rosé nampaknya telah menjumpai ‘rumah’ baru.

Terbaru pada 18 Jun, agensi The Black Label mengumumkan bahawa Rosé telah menandatangani kontrak eksklusif bersama mereka dan akan bekerjasama menguruskan aktiviti solo wanita itu di masa depan.

Berikut adalah kenyataan dari The Black Label:

Kami telah menandatangani kontrak pengurusan dengan artis Rosé. Penerbit Teddy dan artis Rosé, yang telah bekerjasama untuk masa yang lama, baru-baru ini telah merasmikan kerjasama mereka dengan The Black Label berdasarkan kepercayaan bersama yang mendalam.”

Rosé sedang bersiap sedia untuk bertemu peminat globalnya dengan muzik baharu dan bersedia untuk terlibat dalam aktiviti muzik di seluruh dunia dengan kerjasama label rekod global. Kami menantikan sinergi yang luar biasa bersama Rosé, yang memiliki warna muzik yang unik, dan The Black Label akan menyokong aktiviti bebas artis kami.

Kami berjanji untuk menyokong Rosé dalam pelbagai usahanya untuk memastikan kejayaannya dalam pelbagai bidang.

blackpink

Sementara itu, 3 ahli BLACKPINK yang lain iaitu Ji-soo, Jennie dan Lisa masing-masing telah membuka agensi mereka sendiri untuk menguruskan aktiviti solo.

Semoga terus maju jaya untuk semua!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...