Ikuti Kami:

Reunion Selepas ‘Doona!’, Lee Jinwook & Suzy Dilamar Terajui Filem Romantik Baru

Reunion Selepas ‘Doona!’, Lee Jinwook & Suzy Dilamar Terajui Filem Romantik Baru

Adakah penonton sekali lagi akan dapat lihat gandingan Lee Jin-wook bersama Suzy?

Terbaru, Lee Jin-wook dilapor menerima tawaran untuk terajui filem baru berjudul “7 o’clock Breakfast Meeting for Broken Hearts” dan sedang secara positif menelitinya kini.

Sebelum ini, Suzy juga dilamar untuk muncul dalam naskhah yang sama namun masih dalam proses perbincangan setakat ini. Jika mereka menerima tawaran tersebut, ini akan menjadi reunion mereka selepas siri Netflix “Doona!”.

lee jinwook suzy

Untuk pengetahuan, “7 o’clock Breakfast Meeting for Broken Hearts” adalah filem berdasarkan novel dengan tajuk yang sama, menggambarkan tentang percintaan dan kesedihan dari tiga individu yang patah hati. Mereka berkumpul bersama untuk berkongsi tentang cerita masing-masing dan menjalinkan hubungan baru bersama.

Sementara itu, filem ini telah dijadualkan untuk memulakan penggambaran pada separuh kedua tahun ini selepas selesai memilih pelakon dan proses pra-produksi. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   JTBC

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...