Rating ‘Sweet Munchies’ Teruk, Jung Ilwoo Dikhabarkan Bakal Kembali Dengan Drama Sejarah Tak Lama Lagi

jung ilwoo

Setelah sekian lama tidak membuat kemunculan semula dalam mana-mana drama, kepulangan Jung Il-woo dalam naskhah “Sweet Munchies” nyata membuatkan ramai peminatnya teruja. Pun begitu, rating serendah 0.5% membuatkan ramai yang kecewa dengan pemilihan projek itu.

Belum pun tamat lagi tayangan “Sweet Munchies”, Jung Il-woo dikhabarkan bakal menyertai satu produksi drama bersejarah “Bossam – Stealing Fate” tak lama lagi. Mengakui berita itu, agensi naungan pelakon lelaki itu menyatakan bahawa dia sedang mengkaji tawaran yang diterima tersebut.

jung ilwoo

Drama ini membawa kisah seorang lelaki yang tanpa sengaja telah menculik seorang tuan puteri. Ba-woo iaitu watak yang ditawarkan kepada Jung Il-woo merupakan seorang tukang padan yang mencari suami baru kepada janda yang tiada harapan untuk berkahwin semula. Semasa kecil, lelaki ini telah ditipu dek konspirasi seseorang. Walaupun dapat melarikan diri tetapi dia Ba-woo terpaksa menyorokkan identiti sebenarnya dan mula hidup dalam kemiskinan sejak daripada itu.

Naskhah ini akan dirakamkan semasa pemerintahan Raja Gwanghae dan berkisarkan kisah Ba Woo dan puteri Soo Kyung. Ia akan membawa penonton menyaksikan kisah kehidupan dan cinta dalam kalangan golongan wanita dan fakir miskin yang ditindas.

Jung Il-woo memang hebat kalau berlakon dalam drama bersejarah. Contohnya, “The Return Of Iljimae” dan “Moon Embracing The Sun” kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply