Rakan Baik Tuduh Wonho Monsta X Berhutang & Pernah Masuk Juvana Kerana Kes Curi Semasa Berusia 16 Tahun?

wonho monsta x dituduh berhutang dan pernah masuk pusat tahanan

Biasanya kalau sesuatu syarikat hiburan Korea ingin menghasilkan kumpulan idola, pihak mereka akan memastikan bahawa setiap ahli itu ‘bersih’ daripada kontroversi sebelum mereka diperkenalkan kepada umum. Tujuannya ialah supaya netizen tidak dapat mengorek kisah lampau ahli kumpulan itu sebelum dia menjadi artis.

Pun begitu, siapa sangka salah seorang ahli kumpulan Monsta X iaitu Wonho telah didedahkan pernah melarikan wang salah seorang rakannya dahulu sebelum dia menjadi artis. Jung Daeun (seorang perempuan semasa lahir tetapi kini seorang lelaki) yang juga merupakan selebriti di Korea ‘berseloroh’ dan memuat naik gambar Wonho di laman Instagramnya dengan kapsyen “Hoseok (Wonho), bila awak nak bayar balik duit saya?”

wonho monsta x dituduh mencuri dan pernah ditahan di pusat tahanan semasa berusia 16 tahun

Selepas pendedahan itu, peguam yang mewakili idola itu telah menghubunginya bagi mendapatkan kepastian mengenai tuduhannya yang menyatakan bahawa Wonho pernah meminjam duit dan menjual barangnya secara atas talian.

wonho monsta x dituduh mencuri dan pernah ditahan di pusat tahanan semasa berusia 16 tahun

“Saya adalah peguam kepada Wonho daripada Monsta X. Kami kini sedang memastikan sama ada entri yang dibuat oleh anda sebelum ini adalah benar. Boleh berikan penjelasan mengenai kenyataan awak iaitu ‘Hoseok, bila awak nak bayar balik duit saya?'” – Peguam

“Beritahu Shin Hoseok supaya hubungi saya sendiri.” – Jung Daeun

“Bolehkah kita berjumpa? Saya akan menyampaikan pesanan awak kepada dia.” – Peguam

“Datang ke Songdo. Jumpa saya di hadapan () di Songdo.” – Jung Daeun

“Bolehkan awak datang ke pejabat kami sahaja? Ia terletak di Gwanghwamun.” – Peguam

“Saya rasa tiada sebab untuk saya ke sana. Saya adalah mangsa, tak sepatutnya saya yang perlu pergi sejauh itu.” – Jung Daeun

“Dalam cara apa yang membuatkan awak menjadi mangsa? Menurut Wonho, dia tidak berhutang dengan awak jadi kami tertanya-tanya. Kalau awak jelaskan macam mana awak telah terjejas, saya akan sampaikannya dan kami akan pastikan awak tidak menjadi mangsa.” – Peguam

“Dia ingat ia sudah memadai dengan membayar saya 2 juta won? Saya bungkam. Kami pernah tinggal bersama-sama di Yeoksam-dong dan kami sepatutnya membahagikan sewa 50-50. Tetapi Shin Hoseok tidak membayar bahagiannya, jadi 10 juta won telah dibayar oleh saya. Dia juga telah mencuri barangan saya dan menjualnya dia atas talian selain turut meminjam 3 juta won dan 5 juta won pada suatu masa dan berjanji akan membayarnya semula. Dan sehingga 2016, dia menggunakan alasan bahawa hutang belanjanya bersama syarikat masih berbaki dan dia berjanji akan membayarnya pada hujung tahun itu. Dia mengatakan had perbelanjaannnya sehari ialah 1 juta won lalu dia telah memberikannya kepada saya selama dua hari.” -Jung Daeun

wonho monsta x dituduh mencuri dan pernah ditahan di pusat tahanan semasa berusia 16 tahun

Ingatkan tamat sampai situ sahaja, tetapi gadis itu melemparkan lagi satu ‘bom’ yang memberi gambaran seolah-olah Wonho pernah masuk ke sebuah pusat tahanan atas kesalahan kecurian.

wonho monsta x dituduh mencuri dan pernah ditahan di pusat tahanan semasa berusia 16 tahun

“Saya tahu apa yang awak buat pada tahun 2008 – tuduhan kecurian yang berat di Pusat Penahanan Suwon.”

wonho monsta x dituduh mencuri dan pernah ditahan di pusat tahanan semasa berusia 16 tahun

“Saya belum lagi bermula. Bukankah ditahan di pusat tahanan juvana dikira sebagai rekod jenayah?”

Jika benar apa yang dikatakan oleh Jung Daeun, penahanan Wonho itu berlaku semasa dia berusia 16 tahun. Bermakna, kalau dia didapati bersalah, dia boleh disabitkan hukuman ke penahanan juvana. Pun begitu, masih belum ada laporan rasmi mengenai kesahihan cerita ini sama ada memang benar tuduhan berat yang dijatuhkan kepada idola lelaki ini.

Sumber: Koreaboo (1)(2)

Leave a Reply