“Pos Pasal Rosé Lagi, Siap Kau!”- Sunting Gambar Bersama Ahli Blackpink, Naim Daniel Terima Ugutan!

naim daniel dan blackpink rose

Tipulah kalau ada orang cakap yang mereka tak kenal Blackpink! Kumpulan K-Pop yang dianggotai oleh 4 orang gadis cantik ini kian dikenali di serata dunia. Muncul buat pertama kalinya pada tahun 2016 dengan dua single iaitu “Boombayah” dan “Whistle”, gadis-gadis ini terus berjaya manambat hati ramai peminat sehinggakan mereka sudah merangkul banyak anugerah penting di majlis berprestij. Tak cukup dengan itu, Blackpink turut menjadi buah mulut ramai artis barat dan minat itu membuatkan mereka berjaya berkolaborasi dengan ramai artis popular seperti Dua Lipa dan banyak lagi!

blackpink

Rupanya, ramai juga artis Malaysia yang sukakan kumpulan Blackpink yang dianggotai oleh Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa ini. Mungkin kerana karisma yang ditonjolkan oleh empat orang gadis itu menyebabkan mereka digelar sebagai artis dalam kalangan artis itu sendiri. Antara yang tidak segan memberitahu satu dunia bahawa dia adalah peminat kumpulan K-Pop itu ialah artis tempatan iaitu Naim Daniel yang popular dengan lagu “Sumpah”.

naim daniel

Terlampau minat sangat sehinggakan lelaki ini sudah beberapa kali memuat naik gambarnya yang disunting bersama ahli kumpulan Blackpink. Kebanyakan gambar itu adalah bersama Rosé, jadi mungkin itu adalah ahli kegemarannya dalam kumpulan itu.

naim daniel sunting gambar bersama blackpink naim daniel sunting gambar bersama blackpink naim daniel sunting gambar bersama blackpink

Nampak seperti Naim Daniel angau betul dengan ahli Blackpink sampai sanggup luangkan masa untuk photoshop gambar-gambar mereka bersama!

Mungkin dengan niat untuk bergurau, tetapi ternyata ada peminat fanatik Blackpink yang tak berpuas hati dengan tindakan penyanyi lelaki itu. Free free sahaja Naim kena sound menerusi direct message (DM) supaya tidak memuat naik gambar suntingan bersama Rosé lagi selepas ini.

naim daniel sunting gambar bersama blackpink

Tak melatah dengan ugutan itu, Naim Daniel hanya membalas semula mesej tersebut dengan beberapa keping lagi gambar suntingannya bersama Rosé. Saja nak sakitkan hati individu tersebut mungkin.

naim daniel sunting gambar bersama blackpink

Meskipun tidak mengendahkan ugutan peminat fanatik Rosé itu tetapi ramai netizen yang menyelar tindakan obsesif individu tersebut. Tak patutlah sampai nak ugut bagai sedangkan Naim hanyalah bergurau sahaja.

Bukan sekali perkara ini pernah terjadi, terdahulu penyampai radio ERA iaitu Hani Fadzil turut menerima ugutan daripada peminat BTS apabila dia memuat naik gambar suntingan bersama salah seorang ahlinya iaitu RM.

hani fadzil diugut bunuh oleh peminat bts

Kalau ya pun peminat, tak perlulah over sangat sampai nak main ugut. Manalah orang tak cerca peminat K-Pop sebagai sensitif dan tak boleh kena usik langsung.

1 komen

Leave a Reply