Penyanyi ATONE Dipuji Netizen Selepas Selamatkan Wanita Daripada Serangan Seksual

penyanyi atone terima pujian netizen selepas berjaya selamatkan wanita daripada gangguan seksual

Rasanya tiada tempat yang selamat di dunia ini. Walaupun sesebuah tempat itu sering dicanang sebagai sebuah tempat yang tidak membahayakan langsung tetapi kadang-kadang pasti ada perkara buruk yang tetap terjadi. Sama juga dengan sebuah insiden yang dilaporkan terjadi di Korea ini.

Pada 30 November lepas, Channel A telah melaporkan seorang individu berjaya menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa serangan seksual oleh seorang lelaki. Kalau anda nak tahu, individu yang digelar hero oleh warga Korea itu ialah penyanyi yang baru membuat kemunculan sebagai artis dan diberi nama ATONE. Berita itu turut melaporkan bahawa penyanyi lelaki itu telah melemparkan lelaki itu ke tanah dan mengawal pergerakannya sehingga pihak polis tiba di tempat kejadian.

penyanyi atone berjaya selamatkan wanita daripada serangan seksual

Semasa dihubungi oleh News1, ATONE menceritakan dengan lebih jelas kejadian mencemaskan tersebut.

“Pada pukul 8.30 pagi, saya terdengar bunyi jeritan yang kuat semasa sedang tidur. Sebab berasa pelik, saya membuka tingkap dan terlihat seorang lelaki warga asing sedang menyerang seorang wanita. Dengan pantas, saya memberi amaran kepada lelaki tersebut sebelum berlari keluar mendapatkannya. Sesudah sampai ke tempat tersebut, wanita itu sudah melarikan diri sambil berkaki ayam manakala lelaki itu cuba menghayunkan penumbuk ke arah saya. Semasa sedang bertekak, saya memberhentikan sebuah kereta dan meminta pemiliknya menghubungi pihak polis. Kemudiannya, ramai orang daripada sebuah gereja berdekatan mula berkerumun di tempat itu dan membantu saya memegang lelaki tersebut. Saya tidak melakukannya berseorangan, ia telah dilakukan oleh semua orang. Saya cuma melemparkannya ke bawah kerana dia cuba melarikan diri.”

penyanyi atone berjaya selamatkan wanita daripada serangan seksual

Disebabkan oleh tindakan mulia dan beraninya itu, kesemua netizen memberikan reaksi positif terhadapnya. ATONE juga meluahkan rasa malu kerana popular disebabkan oleh insiden tersebut. Tak kurang juga berterima kasih kerana ramai orang yang menyokongnya dan turut mendengar lagu baru keluarannya iaitu “Ballad”.

Penyerang tersebut dikhabarkan merupakan seorang pengajar bahasa Inggeris daripada Amerika Syarikat dan telah pun diberkas oleh pihak polis atas kesalahan cubaan melakukan serangan seksual. Dia yang mabuk ketika serangan itu telah menolak semua tuduhan ke atasnya.

penyanyi atone berjaya selamatkan wanita daripada serangan seksual

Bagi yang tidak tahu, ATONE pernah menyertai rancangan “I Can See Your Voice 6” dan juga merupakan seorang produser muzik untuk beberapa artis terkenal seperti Baek Jiyoung, Migyo dan banyak lagi.

Sumber: Soompi, Naver News

Leave a Reply