Ikuti Kami:

Penulis Dedah Karakter Marvel “Thor: Metal Gods” Terinspirasi Selepas Dia Menonton Konsert EXO!

Penulis Dedah Karakter Marvel “Thor: Metal Gods” Terinspirasi Selepas Dia Menonton Konsert EXO!

Marvel sememangnya menjadi kegilaan ramai orang. Semua sirinya boleh dikatakan mempunyai jutaan peminat daripada seluruh dunia bahkan apabila komik Marvel dijadikan filem, pastinya ramai yang akan serbu panggung wayang!

Antara naskhah yang popular daripada francais ini ialah “Fantastic Four”, “Avengers”, “Spider-Man” dan banyak lagi! Tak cukup dengan semua ini, Marvel dan Serial Box Publication sekarang sedang dalam perancangan untuk mengeluarkan satu lagi siri baru bertajuk “Thor: Metal Gods”. Mesti ramai peminat Marvel yang seronok menantikan projek terbaru ini kan?

exo inspirasi marvel thor: metal gods

Tapi peminat K-Pop, terutamanya peminat kumpulan daripada Korea iaitu EXO ternyata lebih excited kerana penulis kepada “Thor: Metal Gods” ini telah mengumumkan bahawa serba sedikit inspirasi kepada buku ini datangnya daripada kumpulan popular tersebut!

Bagi yang tidak tahu, kumpulan EXO sebenarnya mempunyai konsep kuasa luar biasa sejak daripada awal kemunculan mereka pada tahun 2012 lagi. Setiap seorang daripada ahlinya mempunyai kuasa tersendiri seperti api, air, teleportasi, dan banyak lagi. Bukannya mereka benar-benar mempunyai kuasa ini tetapi konsep ini sering diguna pakai di dalam video muzik mereka. Menarik!

exo inspirasi thor: metal gods

Menurut penulis kepada “Thor: Metal Gods” iaitu Aaron Stewart-Ahn, dia mendapat inspirasi untuk projek ini selepas menghadiri konsert EXO iaitu EXplOration #5 di Seoul baru-baru ini. Disebabkan oleh kehebatan koreografi dan visual yang diterapkan di dalam konsert itu, dia berjaya mengambil sedikit pengalaman itu untuk dimasukkan ke dalam naskhah Marvel terbaru itu.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...