Ikuti Kami:

Penonton Kecewa Cinta Seungjun & Seo Dan Tidak Kesampaian Dalam ‘Crash Landing On You’

Penonton Kecewa Cinta Seungjun & Seo Dan Tidak Kesampaian Dalam ‘Crash Landing On You’

Tamat sudah akhirnya drama kegilaan ramai sekarang ini iaitu “Crash Landing On You”. Setelah 16 episod bermain dengan emosi penonton, pasangan Ri Junghyuk dan Yoon Seri berjaya juga bersatu selepas menempuh pelbagai halangan. Meskipun mengangkat tema romantik klise tetapi lakonan hebat yang ditunjukkan oleh semua pelakonnya berjaya membuat penonton ikut beremosi sekali. Cuba peha kanan, peha kiri terasa juga!

crash landing on you

[Amaran SPOILER]

Pengakhiran bahagia Junghyuk dan Seri

Episod akhir “Crash Landing On You” menceritakan kisah Seri yang terbaring di hospital dan berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Menyedihkan apabila Junghyuk tidak dapat bertemu dengan wanita kesayangannya itu kerana dia berada dalam keadaan tidak sedar. Dia akhirnya terpaksa meninggalkan wanita itu sendiri kerana bakal ‘diangkut’ pulang ke Korea Utara bersama 4 orang bawahannya.

Dramatik habis babak ini apabila Junghyuk dan Seri berlari mendapatkan satu sama lain di sempadan di antara Korea Selatan dan Korea Utara. Lagi mendebarkan kerana pasukan tentera daripada kedua-dua negara itu sudah mengacukan senjata ke arah satu sama lain apabila mereka berdua menangis berpelukan. Seri meluahkan rasa sedihnya kerana hampir tidak dapat berjumpa dengan lelaki itu sebelum dibawa kembali ke negara asal.

episod akhir crash landing on you

Pun begitu, walaupun terpaksa berpisah, kedua pasangan ini bersatu semula di Switzerland dan membuktikan bahawa cinta mereka itu adalah abadi.

Pengakhiran sedih Seo Dan dan Seungjun

Yang menyedihkan apabila pasangan sampingan iaitu Seo Dan dan Seungjun tidap dapat mencapai cerita cinta yang selamanya. Selepas lelaki itu menyelamatkan wanita kaya Korea Utara itu daripada ditembak, dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di hospital. Seo Dan menangis teresak-esak sambil mengakui rasa cintanya kepada lelaki itu. Namun begitu, setelah pengakuan manis itu berlaku, Seungjun menghembuskan nafasnya yang terakhir dan Seo Dan merayu paramedik melakukan sesuatu untuk menyelamatkan lelaki tersebut.

episod akhir crash landing on you Ramai penonton berasa sedih melihatkan cinta Seo Dan yang gagal walhal dia baru sahaja dapat menikmati bahagia berkasih. Selepas 10 tahun berharapkan kepada lelaki yang langsung tak memandangnya, dia sekali lagi patah hati apabila lelaki yang benar-benar mencintainya telah pergi dahulu.

Kisah Seo Dan berakhir apabila seorang penilik nasib memberitahu bahawa dia hanya mempunyai seorang lelaki di dalam hidupnya tetapi dia sudah tiada lagi dalam dunia ini. Tetapi wanita itu akan berjaya dalam hidup dan menjadi kaya-raya. Wanita cantik tersebut juga bertegas bahawa dia akan hidup solo buat selamanya dan menjadi single adalah sesuatu yang trendy pada zaman ini.

episod akhir crash landing on you

Penonton marah Seungjun mati

Kesemua penonton meluahkan rasa kesal melihatkan pengakhiran kisah cinta di antara Seo Dan dan Seungjun. Dah lah tayang episod akhir sampai 2 jam, tetapi langsung tak beri plot cerita yang indah kepada pasangan ini.

Saya rasa… dengan epilog yang sepanjang ini rasanya ada masa yang cukup untuk selamatkan Goo Seungjun untuk beratus kali.

 

Macam melampau sangat sahaja bunuh Seungjun… Seo Dan adalah mangsa paling besar sekali dalam drama ini.

 

Jalan cerita drama ini bukan masuk akal pun jadi kenapa tak selamatkan sahaja Goo Seungjun dan biarkan mereka bahagia akhirnya… Saya dah tonton daripada episod pertama tetapi episod akhirnya adalah yang paling boring.. Kesian Seo Dan.

 

Kenapa matikan watak Goo Seungjun!!!! Penat tunggu dia diselamatkan… tetapi akhirnya dia mati juga..

 

Kenapa Yoon Seri dan Ri Junghyuk diberikan penyatuan yang sangat manis tetapi Goo Seungjun telah dibunuh seperti itu. Saya asyik tunggu di kembali semula… tetapi dia benar-benar mati… kesian Seo Dan…

 

Tak tapi… memang perlu ke matikan watak Goo Seungjun???? Sepertinya mereka mahu memaksa penonton berasa sedih, kan??? Ada sebab ke perlu bunuh dia? Saya cuba cari alasannya tapi tak boleh. Susah sangat ke untuk biar Goo Seungjun hidup? Pelik betul. Sejak saya nampak dia hampir mati, saya asyik tunggu sehingga habis untuk dia diselamatkan. Sampaikan saya tak fokus langsung dengan penyatuan Junghyuk dan Seri sebab saya asyik terfikir supaya Seungjun diselamatkan. Penulis skrip buat silap kali ini.

Betul lah orang cakap bahagia itu tak semestinya apabila kita bersama. Walaupun Seungjun tiada di sisi Seo Dan tetapi wanita itu nampak lebih bahagia dengan kehidupannya dan sibuk dengan persembahan di Rusia. Tetapi lagi seronok rasanya sekiranya Seo Dan dapat bersama dengan lelaki yang benar-benar mencintainya dan Seungjun juga akhirnya dapat bercinta dengan wanita idamannya. Tetapi apakan daya..

Sumber: Herald Pop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...