Ikuti Kami:

Peminat BTS Sedih Kim Woobin Beli Bangunan Lama Big Hit Music, Apa Sebabnya?

Peminat BTS Sedih Kim Woobin Beli Bangunan Lama Big Hit Music, Apa Sebabnya?

Menurut industri hartanah pada 25 Jun, pelakon Kim Woo-bin telah membeli bangunan lama ibu pejabat Big Hit Music, yang merupakan syarikat kepada BTS.

Sebagai respon, agensi pelakon itu sendiri mengesahkan bahawa memang benar Kim Woo-bin telah membeli bangunan itu dengan harga jualan dijangka mencecah 13.7 bilion won.

Selepas laporan itu tersebar, ARMY (nama kelab peminat BTS) nampaknya sedih  kerana bangunan itu memegang banyak kenangan untuk BTS.

Tambahan pula, peminat dari dalam dan luar negara juga sering ke bangunan yang terletak di Nonhyeon-dong itu untuk memberikan ucapan buat kumpulan tersebut, dengan menulis di bahagian dinding, tangga dan sebagainya.

Namun, masih tiada berita lanjut lagi mengenai rancangan Kim Woo-bin untuk bangunan itu, sama ada dia akan merobohkan atau merombaknya untuk menjadi tapak penghormatan yang sesuai.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Financial News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...