Pemilik Syarikat IT Puja Syaitan Untuk Kuasa, Drama ‘The Cursed’ Buat Penonton Meremang!

the cursed

Pihak produksi drama Korea memang hebat gila bila garap naskhah yang bertemakan thriller dan misteri. ‘Tabik spring’ la bila tengok perkembangan cerita dan plot twist yang tak boleh dijangka langsung! Drama sebegini memang selalu ditayangkan malam buta sebabnya terlampau ngeri dan nak mengelak daripada ditonton oleh kanak-kanak bawah umur. Trauma nanti naya pula!

Terbaru, ada satu drama ngeri “The Cursed” yang mengangkat tema pemujaan syaitan dan rasukan namun dikaitkan sekali dengan dunia moden. Ianya diterajui oleh nama hebat seperti Sung Dongil, Uhm Jiwon, Jo Minsoo dan ramai lagi.

drama the cursed

Sinopsis “The Cursed”

Im Jinhee (Uhm Jiwon) iaitu seorang wartawan yang mementingkan ketelusan sesuatu berita. Semasa menyelongkar cerita di sebalik kes keganasan melibatkan syarikat IT terbesar di Korea iaitu Forest, dia mempelajari bahawa pengarahnya iaitu Jin Jonghyun (Sung Dongil) sebenarnya bertuhankan syaitan.

the cursed

Im Jinhee juga mendapat tahu mengenai satu syarikat perundingan roh yang bersangkut rapat dengan syarikat gergasi itu dan iainya dikemudi oleh Jin Kyung (Jo Minsoo). Bagi menumpaskan Forest, dia cuba mendedahkan hal tersebut kepada seluruh dunia tetapi hasratnya itu dihalang oleh pemilik syarikat surat khabar terkenal iaitu Kim Joohwan yang mempunyai hubungan istimewa dengan syarikat itu.

the cursed

Kemudian Jinhee mula mengenali Sojin (Jung Jiso) khabarnya dirasuk oleh satu semangat dan membuatkan dia mempunyai satu kuasa luar biasa. Tetapi wartawan itu hanya pandang enteng sehinggalah dia terjumpa dengan mayat Kim Joohwan yang patah riuk dalam keadaan mengerikan akibat daripada semangat yang berada dalam badan Sojin. Gadis pelik itu juga memberi amaran bahawa Jin Jonghyun tidak mampu dikalahkan oleh undang-undang manusia kerana syaitan di belakangnya adalah sangat kuat.

the cursedSeterusnya dengan bantuan Sojin, Jinhee menjalankan misinya untuk menumpaskan agenda jahat pemilik Forest itu daripada terus mendatangkan kemusnaham kepada orang ramai.

Awal tayangan pun dah meremang bulu roma

Rata-rata pelakon yang dipilih untuk menerajui “The Cursed” mampu menyampaikan segala perasaan dan emosi mereka melalui pandangan mata sahaja. Daripada mata Jin Jonghyun yang terserlah dengan kegilaannya kepada kuasa dan ketamakan, pandangan kosong dalam mata Sojin yang mampu membunuh sesiapa dengan bantuan ‘semangat’nya dan lirikan tajam Jo Minsoo yang dipenuhi dengan kejahatan sehingga membuatkan penonton berasa takut dan boleh membawa sehingga ke mimpi ngerilah!

the cursed

Rating

Episod 1 – 2.5%

Episod 2 – 2.5%

Sesiapa yang suka sangat dengan drama yang campur semua genre misteri, thriller dan ngeri dalam satu naskhah memang PATUT tonton “The Cursed”! Memang tak boleh tidur malam lepas tegok cerita ini.

Sumber: Sports Kyunghyang, MK Sports

Leave a Reply