Ikuti Kami:

Park Minyoung & Seo Kangjoon Berpasangan Dalam Drama Romantik ‘I’ll Go To You When The Weather Is Nice’

Park Minyoung & Seo Kangjoon Berpasangan Dalam Drama Romantik ‘I’ll Go To You When The Weather Is Nice’

Ingatkan dah cukup banyak drama Korea yang bakal ke udara pada Januari ini, tapi rupanya dah ada beberapa naskhah yang dijadualkan akan menemui penonton pada Februari nanti. Salah satu daripadanya ialah “I’ll Go To You When The Weather Is Nice” yang diterajui oleh ramai pelakon hebat dan bakal bersiaran di saluran jtbc tak lama lagi.

Park Minyoung yang popular dengan banyak drama hebat seperti “What’s Wrong with Secretary Kim”, “Her Private Live”, “City Hunter”, “Healer” dan banyak lagi telah dipilih sebagai heroin untuk drama ini. Manakala Seo Kangjoon yang terkenal dengan drama seperti “Entourage”, “The Watcher”, “Cheese In The Trap” turut menyerikan lagi drama ini sebagai pelakon lelaki utamanya.

Sinopsis

I'll Go to You When the Weather is Nice

Drama romantik ini menceritakan kisah Mok Haewon, seorang wanita yang penat dengan kehidupan sibuk di bandar Seoul dan berpindah ke kampung halamannya. Semasa di pendalaman itu, dia mula mengenali Im Eunseob iaitu seorang lelaki diam yang memiliki sebuah kedai buku bebas.

Karakter Mok Haewon yang dilakonkan oleh Park Minyoung ini digambarkan sebagai seorang wanita yang mempunyai hati beku kerana menerima layanan buruk daripada orang lain. Sehinggalah dia berjumpa dengan Im Eunseob yang berjaya mencairkan hatinya itu.

I'll Go to You When the Weather is Nice

Watak Im Eun Seob yang dimainkan oleh Seo Kangjoon pula sangat menikmati kehidupan yang aman dan senyap. Senyuman yang lembut juga mencerminkan sikap bertimbang rasanya terhadap orang lain. Bukan sahaja baik dengan Mok Haewon, dia juga peramah dengan sesiapa yang datang ke kedai kecilnya dan tanpa gagal akan menyediakan secawan kopi kepada mereka semua.

Lee Jaewook turut sama berlakon

Bukan sahaja kedua pelakon ini bahkan drama ““I’ll Go To You When The Weather Is Nice” turut disertai oleh ramai lagi pelakon hebat lain dan salah seorang daripada mereka ialah Lee Jaewook. Lelaki ini yang mula popular sejak berlakon dalam “Memories Of Alhambra”, “Search: WWW”, “Extraordinary You” dan banyak lagi akan menyumbangkan lagi visual dan bakat lakonannya dalam naskhah ini.

lee jaewook

Tiada lagi tarikh tayangan yang spesifik tetapi drama “I’ll Go to You When The Weather Is Nice” akan menemui penonton pada bulan Februari ini. Tak sabarnya!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...