Mesti ramai yang patah hati apabila keluarga Park Jooho dan Anna buat keputusan untuk berehat sementara daripada rancangan popular “Superman Returns” kan? Setiap minggu dihiburkan dengan telatah comel Naeun dan Gunhoo, sudah pasti penonton berasa kekosongan dengan kehilangan mereka.
Walaubagaimanapun, mereka bukannya hilang untuk selamanya. Ia hanyalah kerana untuk memberi ruang kepada Anna untuk berehat selepas dia melahirkan anak ketiga mereka. Meskipun identiti adik kepada Gunhoo dan Naeun tak didedahkan langsung sejak dilahirkan daripada Januari lepas tetapi kini anda semua boleh menonton gelagat keluarga itu menerusi saluran Youtube Park Jooho yang baru sahaja dibuat!
Video itu bermula dengan rakaman pemain bola sepak itu yang berada di Chiang Mai, Thailand bagi menghadiri latihan padang yang intensif. Selepas itu, dia bergegas ke Switzerland dengan menaiki beberapa penerbangan supaya dapat melihat kelahiran cahaya mata ketiganya. Walaupun sudah mempunyai dua anak, lelaki itu masih kelihatan gementar semasa menanti kelahiran bayi baru.
Saya sangat gementar sekarang ini. Saya sudah mempunyai dua anak tetapi saya tak sabar nak jumpa yang ketiga.
Walaubagaimanapun Park Jooho tidak lagi mendedahkan jantina mahu pun wajah bayi tersebut kerana masih lagi kecil. Tetapi nama bayi itu ialah Jinwoo (bahasa Korea) dan Élyséen (bahasa Perancis) dan anda mungkin anda akan dapat melihatnya apabila melanggan ke saluran Youtubenya iaitu “캡틴 파추호Captain PaChuHo”.
Pemain bola sepak itu turut meletakkan sari kata bahasa Inggeris bagi memudahkan peminat luar negara untuk menontonnya!