Parasite Menang Besar Di Festival Filem Buil Termasuk ‘Filem Terbaik’!

parasite menang besar di festival filem buil

Rasanya ramai yang tahu tentang filem Korea iaitu ‘Parasite’? Filem ini berjaya meninggalkan impak yang besar kepada penonton Malaysia sehingga ramai yang serbu menontonnya di pawagam apabila ia ditayangkan pada bulan Ogos baru-baru ini.

Kepada yang tak tahu, filem ini mengisahkan tentang keluarga Kim Kitaek (Song Kangho), seorang pemandu yang mempunyai seorang isteri dan dua orang anak berusia belasan tahun dan mereka sekeluarga tinggal di sebuah bilik bawah tanah yang kotor dan tidak sepatutnya dihuni oleh manusia.

parasite menang di festival filem buil

Kesemua mereka akhirnya menganggur dan hanya melakukan kerja sampingan iaitu melipat kotak pizza. Pada suatu hari anak lelaki mereka telah mendapat kerja sebagai tutor bahsa Inggeris di sebuah rumah orang kaya hasil bantuan rakan anaknya itu.

Daripada situ, anak lelakinya itu telah berusaha untuk membawa kesemua ahli keluarganya supaya dapat bekerja di rumah itu sebagai guru seni, pemandu dan pembantu rumah. Namun ketamakan mereka untuk cuba hidup seperti orang kaya akhirnya membawa kepada satu insiden yang ngeri.

parasite

Filem ini tidak menghampakan apabila berjaya merangkul enam anugerah pada Festival Filem BUIL yang diadakan sekali dengan Festival Filem Busan pada Jumaat lepas. Anugerah yang paling bermakna dimenangi oleh naskhah ini ialah ‘Filem Terbaik’ lantas membuktikan impak cerita ini yang hebat kerana plot ceritanya yang menarik serta lakonan yang meyakinkan oleh kesemua teraju utama.

Filem komedi gelap ini turut mengungguli kategori ‘Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik’ iaitu Park Myunghoon dan ‘Pelakon Pembantu Wanita Terbaik’ iaitu Lee Jungeun. Tambahan lagi, pengarah filem ini iaitu Bong Joonho dan penulis skrip, Han Jinwon berjaya memenangi anugerah ‘Skrip Terbaik’ manakala Hong Kyungpyo mendapat anugerah ‘Senimatografi Terbaik’ serta ‘Muzik Terbaik’ dimenangi oleh Jung Jaeil atas hasil ciptaan lagu untuk filem ini.

parasite

Walaubagaimanapun, pengarah ‘Parasite’ iaitu Bong Joonho serta pelakon utama iaitu Song Kangho yang kini berada di Amerika Syarikat lantas tidak dapat menghadirkan diri ke anugerah ini. Tetapi wakil mereka telah mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan orang ramai selain berterima kasih kepada setiap kakitangan yang menjayakan filem ini.

Sumber: Variety

Leave a Reply