Ikuti Kami:

Netizen Korea Terkejut Lihat Sokongan Hampir Runtuh Stadium Oleh Peminat EXO Semasa Konsert Di KL!

Netizen Korea Terkejut Lihat Sokongan Hampir Runtuh Stadium Oleh Peminat EXO Semasa Konsert Di KL!

Dah sampai musim cuti sekolah ini, dah tentu banyak artis daripada luar negara yang akan datang buat konsert di Malaysia. Artis K-Pop juga tak melepaskan peluang ini untuk melawat Malaysia bagi memberikan persembahan bertenaga untuk peminat tempatan. Bagi yang tidak tahu, kumpulan K-Pop popular iaitu EXO telah membuka pintu konsert kelima mereka iaitu EXO PLANET # 5-EXplOration di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 14 Disember lepas.

Kemeriahan konsert ini nyata tidak main-main kerana 10,000 peminat telah mengambil peluang yang datang hanya setahun sekali ini dan memenuhi stadium tertutup tersebut. Konsert yang berjalan selama 2 jam 30 minit itu sesungguhnya tidak menghampakan kerana EXO telah mempersembahkan 23 lagu termasuklah lagu berkumpulan, unit dan solo masing-masing.

EXO PLANET # 5-EXplOration-in Kuala LumpurPeminat EXO (EXO-L) juga menunjukkan semangat yang jitu kerana mereka tidak berhenti menjerit daripada mula konsert sehinggalah ke penghujungnya! Ahli kumpulan EXO turut terkejut apabila melihat sokongan yang ditonjolkan oleh para peminat mereka daripada Malaysia.

Lihat sahajalah teriakan semangat para EXO-L Malaysia ketika konsert itu berlangsung. Salah seorang ahli EXO iaitu Baekhyun telah mendendangkan lagu solonya iaitu “UN Village” tetapi jeritan seragam “Baek-Hyun-I” oleh para peminat membuatkan semua meremang bulu roma kerana kagum!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...