Misteri Menyelubungi Drama ‘The Lies Within’ Terungkai Juga Dalam Episod Terakhirnya!

episod akhir the lies within

Dah nak masuk tahun 2020 ini, semakin ramai penonton yang mula ‘berhijrah’ daripada menonton drama romantik. Kesemua mereka sudah mempunyai minda yang lebih terbuka untuk menerima naskhah berat seperti aksi, thriller, misteri dan lain-lain lagi. Bagi menyahut permintaan para penonton tersebut, kebanyakan produksi drama Korea terutamanya sudah menghasilkan banyak drama yang mengangkat tema berkenaan.

Antara salah satu naskhah thriller yang mendapat perhatian ramai peminat K-Drama ialah “The Lies Within” yang diterajui oleh Lee Minki dan Lee Yooyoung. Untuk pengetahuan anda, ia mengisahkan tentang Jo Taesik (Lee Minki) yang merupakan seorang detektif yang bercita-cita tinggi tapi kini mahukan kehidupan yang lebih senyap dan normal. Disebabkan itu, dia telah berpindah ke balai polis terpencil di sebuah perkampungan kecil. Semasa di sana, dia telah ditugaskan untuk mengendalikan kes kematian seorang ahli parlimen iaitu Kim Seungcheol. Walaupun dikatakan kematiannya disebabkan oleh kemalangan jalan raya, tetapi Jo Taesik merasakan bahawa kes itu tidak diselesaikan secara telus. Lebih mengejutkan apabila menantu kepada ahli parlimen itu kemudiannya hilang.

episod akhir the lies within

Kim Seohee (Lee Yooyoung) adalah anak bongsu kepada ahli parlimen tersebut dan suaminya kini juga telah menghilangkan diri. Disebabkan berkahwin atas dasar kepentingan keluarga, rumah tangga mereka tidaklah begitu aman. Bagi mencari keadilan untuk kematian ayahnya dan mencari suaminya yang hilang, wanita itu telah menjadi seorang ahli parlimen.

Selepas satu misteri ke satu misteri yang lain, akhirnya “The Lies Within” telah menamatkan siarannya pada 1 Disember lalu. Rating yang direkodkan pada episod akhirnya agak membanggakan kerana berjaya melepasi angka 2% selepas hanya berada pada lingkungan 1% sepanjang tayangannya.

episod akhir the lies within

Pasti ramai yang masih lagi teringat-ingat dengan babak seram dalam drama ini kan? Lakonan Lee Minki dan Lee Yooyoung yang hebat juga membuatkan penonton meremang bulu roma semasa menyaksikan mereka merungkai satu persatu misteri di dalamnya.

Sumber: Soompi

Leave a Reply