Ikuti Kami:

Meski Dah Jalani Penggambaran, ‘Resident Playbook’ Mungkin Tak Akan Disiarkan Langsung?

Meski Dah Jalani Penggambaran, ‘Resident Playbook’ Mungkin Tak Akan Disiarkan Langsung?

Pada asalnya dijadualkan pada Julai 2024, rancangan ini menghadapi satu lagi penangguhan siaran disebabkan oleh mogok yang sedang dilakukan oleh profesional perubatan.

Dilaporkan, kemungkinan besar program ini sukar untuk disiarkan sama sekali, kerana penerbit bimbang akan kritikan bahawa mereka memaparkan kehidupan kakitangan perubatan secara romantik.

Drama ini telah ditangguhkan sekali sebelum ini di mana pada asalnya dijadualkan untuk disiarkan pada Mei 2024, selepas “Queen Of Tears” dan kemudian ia digantikan dengan “The Midnight Romance In Hagwon”.

Kini, Persatuan Perubatan Korea mengisytiharkan bahawa mereka semua akan mengambil cuti pada 18 Jun 2024. Banyak hospital besar akan menghadapi kekurangan kakitangan, menyebabkan pesakit yang sakit tenat meluahkan kemarahan dan kekecewaan mereka.

resident playbook

Profesor di Hospital Universiti Nasional Seoul dan fakulti perubatan juga telah memutuskan untuk mengambil cuti tanpa had bermula 17 Jun, kecuali jabatan penting seperti bilik kecemasan dan ICU.

Lima hospital utama lain juga telah memutuskan untuk turut serta dalam mogok ini dan dilaporkan sedang membincangkan cuti mereka.

Ish ish parah ni..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...