Ikuti Kami:

“Mereka Suruh Kami..” – Joy Dedah SM Entertainmet Pulau RED VELVET, Langsung Tak Penuhi Permintaan Ahli

“Mereka Suruh Kami..” – Joy Dedah SM Entertainmet Pulau RED VELVET, Langsung Tak Penuhi Permintaan Ahli

Memang jelas lah bahawa SM Entertainment tidak memberikan layanan yang baik pada kumpulan RED VELVET.

Baru-baru ini, RED VELVET telah membuat kemunculan semula dengan album baru beserta muzik video untuk judul lagu “Cosmic”. Namun, muzik video itu telah dikeluarkan lewat dari tarikh yang sepatutnya kerana menurut agensi,

Tayangan muzik video telah ditangguhkan kerana ingin meningkatkan lagi kualitinya.

Bagaimanapun, semasa interaksi bersama peminat selepas tayangan muzik video itu, Joy mendedahkan bahawa SM Entertainment langsung tidak mendengar pendapat ahli dan tidak mengubah video itu mengikut apa yang mereka mahu. Kata Joy,

Mereka tidak mendengar sebarang pendapat kami dan hanya suruh kami tunggu. Kami menonton video itu dan mendapati tiada satu pun perubahan yang kami minta dibuat. Saya mungkin perlu diam sekarang.

Selepas pendedahan itu dibuat, peminat rata-rata bengang dengan syarikat tersebut kerana tidak menghormati apa yang kumpulan itu mahu malahan terus mengabaikan mereka.

Kesian RED VELVET..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   News1

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...