Ikuti Kami:

“Lupa Daratan Ke..” – Ramai Kesal Baca Ucapan Lisa BP Buat Peminat, Dah Kenapa Pula?

“Lupa Daratan Ke..” – Ramai Kesal Baca Ucapan Lisa BP Buat Peminat, Dah Kenapa Pula?

Setelah lama menanti, Lisa BLACKPINK akhirnya kembali sebagai penyanyi solo!

Baru-baru ini, Lisa telah kembali membuat kemunculan sebagai penyanyi solo dengan single barunya berjudul “ROCKSTAR”. Menerima sambutan hangat dari orang ramai, wanita itu meluahkan rasa syukurnya dan berkongsi bahawa dia sudah lama mengusahakan projek ini.

Tulisnya lagi dengan kali pertama mendedahkan nama kelab peminat solonya,

Terima kasih @rcarecords dan pasukan @wearelloud kerana membuatkan perkara ini berlaku. Terima kasih Lilies atas kasih sayang dan sokongan anda. Sudah 3 tahun sejak lagu terakhir saya jadi, saya harap awak semua menikmati era ROCKSTAR ini sama seperti saya.

Kali pertama menggelar peminatnya sebagai ‘Lilies’ dan bukannya ‘Blink’ iaitu nama kelab peminat untuk BLACKPINK, ada segelintir yang rasa dikhianati kerana Lisa sepertinya melupakan tentang peminat yang setia menyokongnya dari awal.

Bagaimanapun, ada juga yang tampil mempertahankannya dengan menjelaskan bahawa tidak salah untuk Lisa mempunyai nama khas untuk peminatnya sendiri tambahan pula, ini adalah projek solonya.

Apa kata korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...