Ikuti Kami:

Lisa Dipilih Individu Paling Disayangi Di ‘Anugerah Instagram 2019’, Blackpink Kumpulan Wanita Dengan Pengikut Tertinggi!

Lisa Dipilih Individu Paling Disayangi Di ‘Anugerah Instagram 2019’, Blackpink Kumpulan Wanita Dengan Pengikut Tertinggi!

Kumpulan BLACKPINK sememangnya tidak asing lagi daripada dunia K-Pop. Nama mereka menjadi sebutan hampir semua orang di seluruh dunia. Ada yang daripada tak minat K-Pop terus fanatik habis selepas kenal dengan kumpulan yang dianggotai 4 gadis cantik ini!

Baru-baru ini Anugerah Instagram 2019 telah dijalankan dan BLACKPINK berjaya memenangi banyak kategori yang dipertandingkan!

blackpink instagram

Ahli kumpulan paling popular iaitu Lisa telah memenangi kategori “Most Beloved Person”! Kiraan dibuat menerusi jumlah like, komen dan tontonan yang dikumpulkan oleh selebriti itu dan gadis daripada Thailand ini berjaya menduduki tangga teratas.

lisa blackpink

Rosé pula menerima anugerah “Most Engaged Video Post” kerana mendapat tontonan video dengan interaksi terbanyak. Video itu merupakan sedutan dia dan Jennie bergembira semasa di acara Coachella tahun lepas.

 

View this post on Instagram

 

what went down before the show @c.syresmith

A post shared by ROSÉ (@roses_are_rosie) on

Selain itu, kumpulan BLACKPINK secara keseluruhannya telah memenangi kategori “Most Followed Girl Group”

blackpink

Bukan beshe-beshe ya kumpulan wanita ini! Nampak gayanya BLACKPINK masih lagi bakal menguasi tahun 2020 ini. Tak sabar nak tunggu album baru daripada empat gadis berbakat ini.

Sumber: Naver News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...